Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Tuesday, November 30, 2010

Surammm....

Assalamualaikum..
30/11/2010, Selasa. Cepatnya masa berlalu,sedar-sedar dah penghujung bulan november.Tanpa aku sedari esok dah berganjak ke bulan disember,Ohhhh cepatnya masa bergerak tanpa menoleh kebelakang lagi. Masih ade sebulan lagi kite akan melangkah ke tahun 2011.Tahun 2010 akan aku tinggalkan dengan mimpi-mimpi buruk.Yang pastinya, adakah amalan aku untuk bekalan hari esok sudah cukup dan di terimanya?.Hanya dia YANG MAHA berkuasa saje tahu menilainya.Kite takkan tahu kite dapat merasai atau tidak nikmat tahun baru nanti. Moga-moga di panjangkan umur dan di terima amalan ku.InsyaALLAH.

Hari ini aku kelewatan lagi,Otak berputar ligat mencari seribu alasan. Harap-harap alasan aku diterimanya.Seperti biasa rutin aku menyemak dan mengemaskini fail. Alhamdullialah semuanya telah selesai tinggal je lagi yang belum di update. InsyaALLAH semua kerja tertunggak dapat di selesaikan sebelum masuk tahun baru.Aku merasakan hari-hari yang mendatang begitu asing umpama dunia yang dalam kegelapan.Sudah pasti kite dalam keadaan meraba-raba mencari arah yang bercahaya. Cahaya umpama lilin yang mampu menerangi walaupun ianya terlalu terhad untuk menerangi.Sekurang-kurangnya cahaya itu leh menjadi penyuluh wat sementara.Hidup ini akan suram seandainya jiwa kite menjadi kosong.Allah ciptakan utara,selatan, barat dan timur sebagai panduan untuk kite menuju ke sesuatu tempat. Begitu juga kite manusia, tanpa arah kite akan di awan-awangan.

Aku cuba mencari pengertian iman yang sebenar dan adakah kite sudah beriman? InsyaALLAh akan aku rungkai satu persatu ape yang bermain di benak fikiran ku.

Kul 5.00 pm aku kemaskan meja dan bersedia untuk pulang. Mungkin hari ini tidak sebaik esok dan esok belum tentu baik untuk kite dan kite mencari sesuatu yang baik.
wassalam
nazri noh

Monday, November 29, 2010

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

kehidupan..


assalamualaikum...
29/11/2010, Isnin.Permulaan pagi yang baik di iringi hujan renyai-renyai.Musim cuti sekolah sudah bermula, jalan raya tidak lagi sibuk dengan kanak-kanak ke sekolah. Alhamdulillah walaupun lewat bangkit aku masih lagi sampai sebelum kul 8.00. Aku bersarapan dulu sebelum memulakan tugas. Aku menyediakan persiapan terakhir sebelum meeting bermula. Alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar. Mesyuarat bermula kul 11.00 dan berakhir kul 12.30.Syukur kepada mu Ya ALLAH Engkau permudahkan urusan ku hari ini. Selesai sudah mesyuarat untuk kali ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku rasa macam kosong je tanpa ade sebarang benda pun dalam otak aku.Pukul 2 aku sambung balik kerja seperti biasa tapi satu kerja pun aku tak buat.Fikiran ku entah kemana melayang.Yang pasti nya aku tengok je teman sekerja menyambung tugasan masing-masing.

Petang dengan cuaca panas , angin bertiup sempoi-sempoi bahasa, aku pulang tepat kul 5.oo pm. Selesai menunaikan kewajipan aku merebahkan diri merehatkan minda sementara menunggu hari bertukar senja. Kepala aku lak berpusing-pusing kesakitan. Oleh kerana terlalu sakit entah bile aku tertido.Bunyi azan maghrib mengejutkan aku dari tido.Sakitnya yang belum hilang membuatkan aku malas bangkit.Apakan daya kewajipan mesti di tunaikan. Masa tidak akan menunggu kite sebaliknya kite yang mengejar masa.Waktu malam yang sunyi menambahkan lagi keboringan aku. Rasa malas cukup menebal membuatkan aku malas beronline. YA ALLAH tunjukkan lah jalan kepada hamba mu yang dalam keadaan buntu ini..Amin..
wassalam
nazri2010

Sunday, November 28, 2010

Hujan I Mendung



Assalamualaikum..
28/11/2010, Ahad. Hujan belum reda sejak dari semalam lagi.Suhu sejuk membuatkan nafsu malas berlawanan dengan kewajipan. Dalam malas aku gagahi menyiapkan diri tok pergi bekerja.Alhamdulillah seperti biasa aku sampai 5 minit sebelum kul 8.00.Sebelum memulakan tugas aku bersarapan dulu untuk menambahkan tenaga dengan sepinggan nasi lemak dan segelas teh o panas.Aku mulakan kerja-kerja yang tertangguh dan menyiapkan semua tugasan untuk di bawa dalam mesyuarat esok hari.Alhamdulillah semuanya siap sempurna dan tunggu untuk di bawa dalam mesyuarat sok je. Harap-harap mesyuarat esok berjalan dengan lancar tanpa ade masalah. InsyaALLAh..

Petang yang mendung membuatkan udara menjadi nyaman.Tanpa aku sedari jam dah kul 4.00 pm.Tidak terasa masa itu berlalu dengan pantas,sedar-sedar dah lewat petang..Sesungguhnya manusia leka dengan masa. Aku menyiapkan kerja-kerja akhir untuk esok. Tak dapat nak di gambarkan akan kebesaranNYA.Dia ciptakan sesuatu itu mesti ade tujuaannya. DIA jadikan kite berbagai musim,ade musim hujan,panas dan mendung. Setiap sesutu ciptaaNYA mesti ade fungsinya. Hanya dia yang MAHA mengetahui.Kehidupan kite umpama roda,kadang-kadang di atas kadang-kadang dibawah. Masa di atas kite mendapat sanjungan setinggi-tinggi sanjungan tetapi ape bila di bawah kite di biarkan tanpa arah. Iutlah asam garam kehidupan.Aku pohon kepada MU YA ALLAH KAU permudahkanlah perjalanan hidup ku, agar di berkati dunia dan akhirat.. amin.

Senja meniti malam, ayam pulang ke reban dan manusia pulang kerumah. Time yang terluang ini aku gunakan sebaik mungkin.Aku selesaikan segala urusan-urusan NYA agar tak tertangguh lagi. Esok belum tentu lagi kite dapat seperti hari ini..Hari ini mesti bekal untuk hari esok..Moga-moga di panjangkan lagi usia agar dapat mencari bekalan untuk esok. InsyaALLAH.. selamat beristirehat.. esok jumpe lagi.

wassalam.
nazri noh

Friday, November 26, 2010

keborINGAN..


Assalamualaikum..
27/11/2010,Sabtu. Hujan turun tanpa henti-henti. Cuaca sejuk membuatkan badan menjadi malas, mata menjadi lesu.Apa nak buat ne? Tdo sudah, makan pun sudah.Ermmmmm.. tdo lagi la jawabnyer. Hujan dah start byk benda tertangguh lagi.Bile la leh selesai semua kerja-kerja yang tertangguh tu. Harap-harap semua nya tak de masalah dah dapat selesai dengan sempurna.

Kemalasan untuk keluar berkobar-kobar. Tapi apakan daya terpaksa gak di selesaikan,kalau tidak tak abis-abis la kerja tertungak tu. Dalam hujan yang tak berhenti-henti, aku keluar menghabiskan kerja-kerja tu. Alhamdulillah selesai gak walaupun sedikit. Mudah-mudahan aku dapat selesai kesemuanya.

Perasaan boring menghantui diri,tiada ape yang leh aku lakaukan.Bilik la menjadi peneman setia.Esok bermula la rutin ku sebagai pekerja. Perasaan malas tetap memenuhi benak fikiran ku. Apakan daya dah jadi tanggunjawab aku. Dalam islam pun menjadi tuntutan kerana bekerja ne salah satu dari ibadah.Aku siapkan pe yang patut ,kot-kot esok terlewat lagi. Harap-harap tak jadi cam sebelum ne.Hari ini kepala ku berputar-putar lagi.Dah abis cara aku buat.Tak jugak sembuh-sembuh.YA ALLAH Engkau berilah aku kesihatan yang berpanjangan.

Aku akan cuba untuk tido awal hari ni, arap-arap berjaya.Kalau tak terbabas lagi la esok hari. selamat malam semuaa...

wassalam
nazri noh

KEINSAFAN..


sAlAm..
26/11/2010, Jumaat. Hari segala penghulu hari. Hari ne la kebiasaannya aku menyelesaikan semua urusan peribadi. Di sebabkan hari bekerja aku tak sempat nak mendobi,aku gunakan hari cuti hujung minggu menyelesaikan berbakul-bakul pakaian yang di kumpul selama senminggu.Jumaat yang hening dengan cuaca yang redup,nyaman,sejuk membuatkan mata bertambah layu.Kesempatan ini lah aku gunakan sebaik mungkin merehatkan minda yang berputar-putar.Lantas jiwa menjadi kosong wat sementara.Perut ku menjerit-jerit mintak di isi agar semua angota ku leh berfungsi nga baik.Sebungkus nasi dan segelas teh o menjadi santapannye wat sementara.

Hari ni aku ke kota bharu menghadiri kursus cidb. Sementara menunggu kul 2.30, aku memnunaikan solat jumaat di masjid muhammadi. Aku tertarik dengan khutbah yang di bacakan oleh iman tadi. Khutbah nye bertajuk kematian.Tiba-tiba rasa insaf hadir dalam diri aku.Petikan yang di baca oleh iman tadi membuatkan aku berfikir sejenak. Ya, kesibukan mencari keseronakan dan kelazatan dunia membuatkan kite lalai mengingati akan saat kematian.Dek terkejar-kejar dengan pembangunan kerja manusia seolah-olah lupa akan saat-saat kematian. Baru aku terpikir adakah aku sekarang sudah bersedia menhadapi kematian?. Nescaya aku masih lagi dalam keadaan terumbang ambing.Banyak lagi yang perlu aku pelajari, banyak lagi yang perlu aku perbetulkan.YA ALLAH sesungguhnya aku leka dengan nikmat dunia semata-mata tanpa memikirkan bekalan untuk di akhirat kelak.YA ALLAH aku memerlukan kekuatan untuk bangkit melengkapi diri aku yang daif dan serba kekurangan ini.InsyaALLAH akan ku turut segala suruhan MU .Hanya kepada MU tempat aku sembah.

Petang yang damai aku isi dengan aktiviti melepak di dalam bilik sambil-sambil melayan rancang tv sementara menunggu waktu magrib tiba. Keboringan melanda tapi apakan daya aku tak punya kudrat nak beraktiviti.

wassalam
nazri noh
2010

Thursday, November 25, 2010

SINarrrrr.....


salam..
25/11/2010,Khamis.Sinar mentari muncul lagi. Alhamdullilah Syukur kehadratnya di beri nikmat merasai keheningan pagi yang damai.Hari ni aku teralpa dan terasyik dengan mimpi-mimpi mainan tdo.Aku tersedar dari lamunan rupa-rupa nya jam menunjukkan kul 8.30 pagi.AstagfiruLLAH rupa-rupanya aku dah terlewat menunaikan ibadah ku untok hari ni. Walaupun lewat aku gagahkan jugak menyiapkan diri seperti biasa.Nasib baik ade rakan kerja yang baik hati mengisi borang cuti untuk aku.Dia jugak lah yang dapatkan tandatangan pegawaiku dan hantar ke unit pentadbiran. Mekaseh tak terhingga jasa baik mu hanya ALLAH yang mampu membalas.

Masa yang ade aku habiskan berkurung je dalam bilik melayan-layan mencari titik arah tuju.Huh keboringan yang teramat-amat muncul.Otak ku berputar-putar mencari idea. Jawapan nye masih buntu. Ubat paling mujarab ialah tdo. Sepagian aku bergolek2 di dalam bilik.Alhamdullilah di sebelah petang ade benda yang aku kena buat. Kul 2.30 pm aku terpaksa menghadiri mesyuarat dekat husm.Dengan otak yang blur aku tawakal mudah-mudahan tak de banyak masalah. Sangkaan aku benar,hanya sebagai pemerhati je. Huh perasaan lega yang teramat sagar bermain di dada.Syukur kepada Mu YA ALLAH.

Aku menanti dengan sabar,mengharapkan sinar akan muncul.Mudah-mudahan sinar itu mampu menerangi seluruh alam. Hari berganti hari, bulan bertukar bulan. Saat bertukar kepada minit,minit bertambah menjadi jam. Tahun semakin meninggalkan kite.Aku masih seperti dulu.Rupa-rupanya aku dah berganjak lagi setahun kehadapan.Ya ALLAH aku memohon kepada mu Ya ALLAH,KAU berilah sinar keimanan ,ENGKAU teguhkahlah iman ku ,ENGKAU kuatkan iman ku.ENGKAU tunjukkan lah jalan nya. AMIN.

Jangkaan aku meleset. igatkan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.Aku mengharapakan hadiah yang penuh bermakna dalam hidup ku tatkala tahun berganjak tahun.Rupa-rupanya tidak.Hanya hujan yang menemani. Syukur kepada MU YA ALLAH aku masih lagi di panjangkan umur di beri merasai nikmat MU yang tak terhingga nilainya.Moga-moga aku di beri nur agar aku tidak leka dengan nikmat dunia yang fana.InsyaALAH akan ku cuba mencari sinar yang kekal abadi.
Wassalam.
nazri noh
2010

Tuesday, November 23, 2010

BeRpUsInG pUsInG..


ASSALAMUALAIKUM..
24/11/2010,Rabu.Alhamdulillah syukur kepadanya deberi nikmat kesihatan yang baik.Aku masih lagi boleh merasi nikmat dunia yang semetara. Cuma aku je masih lalai dengan kewajipan ku kepadanya. Masih banyak yang belum sempurna.Masih banyak yang belum aku lakukan.Yang pastinya iman aku masih longlai tak dapat berdiri teguh seteguh gunung everest . Banyak benda yang perlu aku pelajari. Banyak benda yang perlu aku baiki. InsyaALLAH akan aku cuba sedaya kudrat yang ade meneguhkan lagi iman ku.

Hari ne seperti biasa meneruskan tugasan harian ku seperti hari-hari sebelumnya. Banyak benda yang kena buat di sebabkan de beberapa staf bercuti. Aku keseorangan melayan semua kerenah-kerenah clien. Macam-macam ragam aku jumpe.Kesabaran lah menjadi peneman setia aku. Hari ni kurang sihat sket,kepala aku berpusing-pusing dari pagi lagi sampai ke petang. Sempat gak aku tdo time lunch jap tp terkantoi sampai kul 3. Deringan telefon buat aku tersedar,rupe2nya jam dah kul 3.00pm.Dengan kelam kabut aku masuk ke pejabat . Masa berlalu dengan pantas,jam dah kul 5.00 pm. Masa bekerja sudah tamat.Alhamdulillah semua kerja di permudahkan. Moga-moga hari esok lebih baik dari hari ini. InsyaALLAH...
Wassalam
nazri2010

Monday, November 22, 2010

k0s0ng....



assalamualaikum...
23/11/2010,Selasa.Hari ini aku kelewatan lagi bangun untuk melaksanakan tanggunjawab aku sebagai hamba Nya. Jam yang aku kunci time nye berfungsi dengan baik tp nafsu mengatasi segala-galanya. Bersyukur Kehadratnye ade jugak hamba ALLAH menelefon di pagi hari membuatkan aku terkejut dan terjaga.Pagi yang kelewatan membuat aku kelam kabut ,menjadikan persiapan diri yang kurang sempurna.Alhamdulillah walaupun lewat,sempat agi sampai sebelum kul 8.00 am.Mekaceh banyak-banyak pada orang yang call di pagi hari.Pagi di pejabat terasa hambar. Fikiran melayan-layan mneyusun jadual tugasan untuk hari ini sambil ditemani perut yang berkeroncong.Fikiran menjadi kosong dek kerana terlalu banyak benda yang hendak di buat.Aku cuba sedaya upaya dengan kudrat yang ade memenuhi kehendak semua .Huh lega jap leh setel tugasan ari ne tok meeting minggu depan. Arap-arap hari mendatang lebih baik dari hari ni.Petang yang damai aku rebahkan diri di dalam bilik.Adoiiii tetiba sakit kepala bergetar-getar. ahhhhhhhhhhhhhh tidak..Aku pohon kepada MU YA ALLAH Kau sembuhkanlah segala penyakit ku YA ALLAH.Huh malam ni aku berjaga lagi.. tdo ku di ganggu sakit kepala lagi..KU rasa berdeyut-denyut.. Otak seakan blur tak tau nk buat ape.. Aku terus makan ubat dan layan sambil golek-golek.Mungkin ini ujian tok menguji kesabaran ku. Nescaya aku tidak larat menanggunnya.
Wassalam
nazri10

mEnCaRi AraH tUjU...


assalamualaikum...
22/11/2010,ISNIN.Seperti kebiasaan aku tido lewat. seperti sebelum-sebelum ne. Aku siapkan kerja-kerja yang tertunggak takut di marahi lagi.Sambil-sambil melayan fikiran yang meracau entah ke dunia mana. Sedar-sedar sudah kul 4.30 am.Sementara menunggu menyelesaikan kewajipan tanpa aku sedari aku terlena. Tepon berbunyi mengejutkan aku dari tido,rupa-rupanya jam sudah kul 7.30 am. kelam kabut la aku menyiapkan diri tok pergi menunaikan kewajipan ku pada masyarakat.AHHHh...aku terlalai lagi.. YA ALLAH jauhkan aku dari sifat-sifat lalai ne. Sesungguhnya lalai ini merugikan. Aku seolah-olah di awangan mencari arah tuju ku sebenar. Kerja makin bertimbun,mesyuarat makin dekat. Masih banyak lagi kerja yang belum setel. Alhamdullilah aku punyai bos yang memahami maka berkuranglah sikit keserabutan fikiran ku. YA ALLAH tiada kemudahan kecuali apa yang yang ENGKAU jadikan mudah. Sedangkan tanah yang gersang sahaja apabila ENGKAU kehendaki dapat menjadi subur.(Hadis Riwayat Ibnu Sunni). Wassalam....

nazri10

Sunday, November 21, 2010

kEsAkITaN...


21/11/2010,AHAD. Tdo ku di temani alunan bacaan Al-Quran dari laptop, tanpa ku sedari bile aku terlena. Seawal kul 5.00 am ku terjaga dari lena. Aku gagahkan kudrat ku untuk bangkit mengadap yang MAHA ESA untuk mengerjakan segala suruhanNYA.Rasa malas menebal di sanubari bagi memulakan pekerjaan di awal minggu. Aku hanyunkan juga langkah dengan longlai untuk meneruskan pejuangan sebagai seorang penjawat awam. Rasa lemah cukup kuat untuk aku meneruskan hari-hari seterusnya. Seharian di pejabat ku rasekan cam bertahun-tahun lamenya. Aku tidak tau ape yang aku buat,yang pastinye semua pekerjaan aku datangnya dari arahan.Harap-harap tugasan aku tok ari ne selesai dengan baik.. Semoga di permudahkan segala urusan aku YA ALLAH.
wassalam
nazri2010

Friday, November 19, 2010

kEtEnAnGaN...


salam......
20/11/2010 SABTU, Masih seperti semalam,tak de apo2 aktiviti nok buat..Perasaan malas nak memulakan perkerjaan di esok ari makin menebal.Aku cuba gagahkan melawan perasaan tu tp masih jugak same.Semalaman aku cube utuk lelapkan mata walau pun seketika.Apakah daya mata lak tak mau tido,abis semua kerja aku buat tak juga tido. Pepagi lagi aku dah bangun. Aku cube mencari satu arah. Arah yang boleh membawa aku suatu ketenangan.Di saat ini hanya ketenangan dan kedamaian saje yang aku perlukan .Sesungguhnya ALLAH saje yang tau bertapa geloranya fikiran aku.Di kala ini doa saje yang menjadi peneman aku. Moga2 ape yang di hajati di makbulkan oleh NYA YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. AMIN.....
wassalam
nazri 2010

Thursday, November 18, 2010

pEnAnTiAn.......


SALAM...
19/11/2010, JUMAAT. Seperti kebiasaan di hari cuti, aku mengagahkan kudrat menyelesaikan pekerjaan-pekerjaan mendobi baju yang di kumpul selama seminggu.Itu lah pekerjaan aku di hari cuti.Hari ne masih seperti sebelum ne takde aktiviti yang aku nak buat melainkan melepakkan diri di dalam bilik.Semalaman aku tidak dapat tido. Sudah aku paksa bermacam-macam cara untuk melelapkan mata tp tak jugok tertutup.Mungkin bermacam-macam benda bermain dalam kotak fikiran ku menyebabkan otak ku menjadi segar bugar.Baru aku tahu bahawa sakit jiwa lebih teruk dari sakit fizikal.Sakit fizikal semua orang leh nampak tetapi sakit jiwa hanya ALLAH dan kite je yang tau.Ape yang bermain dalam kotak pikiran aku selama ini berlaku jugak akhirnya.Benda yang belum berlaku ,aku sudah dapat rasakan akan berlaku. sungguh kuat hati kecil ku berkata-kata. Mungkin tu kelebihan yang aku ade. AKhirnya benda yang aku paling takut dalam hidup berlaku jugak kali ne.Entah yang keberape kali dah aku merasainye. Sesungguhnya hanya ALLAH je yang tau bertapa sengsaranya.Keegoan seorang lelaki akhirnya jatuh dengan mengalirnya manik-manik halus membasahi kedut-kedut kulit pipi. Di saat tu hanya ALLAH je yang tau bertapa perit dan pedihnya jiwa yang sakit meronta-ronta.Aku cube mengumpul kekuatan tp kelemahan masih mengatasi. YA ALLAH ENGKAU lah MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG. sesungguhnya aku memohon kepada MU KAU berilah aku ketabahan setabah Bilal bin Rabah, KAU berilah aku kekuatan sekuat Umar Al-Khattab. Sesungguhnya hanya ENGKAU tempat aku mengadu damba.Nescaya ENGKAU mengetahui setiap apa yang terjadi.ENGKAU berilah sinar yang mampu menyinari hidup ku. Sesungguhnya aku tidak cukup kuat untuk menghadapi ujian MU YA ALLAH.YA ALLAH aku pohon pada MU ,ENGKAU jauhilah aku dari segala penyakit-penyakit yang tak dapat di lihat dengan mata. Hanya pada MU aku berserah. AMIN...

sekian wassalam

nazri november 2010

Wednesday, November 17, 2010

PeKerJaAn BeRmula..



Salam Aidil Adha..
18/11/2010 KHAMIS, Pepagi lagi aku dan plan nak buat kerja yang tertangguh sebelum ne. Aku rase cuti berbaki 2 hari lagi sempat aku setel smua kerja yang aku lum selesaikan.Yang aku blur, kenapalah otak aku masih rase malas yang menebal.. Ohhhhhhh tidak??????. YA ALLAH KAU permudahkan lah urusan aku hari ini. YA ALLAH aku mohon kepada MU YA ALLAH KAU jauhlah aku dari perasaan perasaan kecelaruan ini YA ALLAH. ENGKAULAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG. AMIN.....Aku kuar gak ari ne tgk site kat kok lanas n kuala krai..Nampaknya kerja berjalan dengan baik. Setelah aku ke alam pekerjaan penjawat awam ne aku jarang-jarang turun site pantau perkembangan kerja.Di waktu cuti je aku ambil peluang meninjau perjalanan kerja-kerja yang sedang berjalan.Harap-harap berjalan dengan lancar tanpa ade masalah.Aku mengharapkan di kala ne semua kerja-kerja tu tak mendatangkan sebarang masalah. Ohhhhhhhhhh tidak , bertambahlah beban otak aku nak trima semua masalah yang ade skang ne.Hari ne jugak aku ke kuala krai makan kenduri.. Di sini aku mengharapkan mendapat cahaya ketenangan walaupun buat seketika je......Ya ALLAH hanya ENGKAU saje tahu segala isi hati ku..Nescaya ENGKAU lah yang berkuasa keatas mahkluk ciptaan MU.Alhamdullillah semua kerja yang di rancang ari ne berjalan dengan baik.. Terima kasih YA ALLAH ENGKAU permudahkan urusan ku.. AMIN
sekian wassalam
nazri 2010

Tuesday, November 16, 2010

sAlAm AiDiL aDhA


Assalamualaikum .......
RABU, 17.11.2010 Smua umat islam sibuk menyambut hari raya korban dan masing masing sibuk dgn acara sembelihan lembu korban. Entah rase malas pulak nok join acara sembelihan korban.Jadi aku amik keputusan tok lepak dalam bilik je, sambil2 update blog ne.Rasenye dah lama tk menghancurkan blog ne. Dalam asyik2 berpesbuk terlintas nak tegok blog. AHHHHH>> rupe nye masih seperti dulu gak. Tak de perubahan lansung.Adoiiiiii malasnya nak upgrade blog. Keboringan n ketensionan melanda menyebabakan aku blur nak buat sesuatu aktiviti.Entah la mungkin fikiran aku skang tak menentu. Ade2 je benda yang bersarang dalam otak aku. Mungkin ini ujian MU YA ALLAH yang terpaksa aku hadapi. Aku memohon kepada MU YA ALLAH, KAU berilah aku kekuatan mengharungi dugaan MU YA ALLAH. Sesungguhnya ENGKAU lah Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.. AMIN.
Aku memohon kepada MU YA ALLAH ENGKAU berilah aku kebahagian dunia akhirat..Pepagi lagi umah aku sunyi sepi..Semua dengan tugasan masing-masing. Sibuk nga juadah korban. AHHHHHH.. malas nye nak membantu..Jadi aku amik keputusan tido je hahah...
sekian,
Salam adil adha..
nazri... 2010