Monday, November 29, 2010
kehidupan..
assalamualaikum...
29/11/2010, Isnin.Permulaan pagi yang baik di iringi hujan renyai-renyai.Musim cuti sekolah sudah bermula, jalan raya tidak lagi sibuk dengan kanak-kanak ke sekolah. Alhamdulillah walaupun lewat bangkit aku masih lagi sampai sebelum kul 8.00. Aku bersarapan dulu sebelum memulakan tugas. Aku menyediakan persiapan terakhir sebelum meeting bermula. Alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar. Mesyuarat bermula kul 11.00 dan berakhir kul 12.30.Syukur kepada mu Ya ALLAH Engkau permudahkan urusan ku hari ini. Selesai sudah mesyuarat untuk kali ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku rasa macam kosong je tanpa ade sebarang benda pun dalam otak aku.Pukul 2 aku sambung balik kerja seperti biasa tapi satu kerja pun aku tak buat.Fikiran ku entah kemana melayang.Yang pasti nya aku tengok je teman sekerja menyambung tugasan masing-masing.
Petang dengan cuaca panas , angin bertiup sempoi-sempoi bahasa, aku pulang tepat kul 5.oo pm. Selesai menunaikan kewajipan aku merebahkan diri merehatkan minda sementara menunggu hari bertukar senja. Kepala aku lak berpusing-pusing kesakitan. Oleh kerana terlalu sakit entah bile aku tertido.Bunyi azan maghrib mengejutkan aku dari tido.Sakitnya yang belum hilang membuatkan aku malas bangkit.Apakan daya kewajipan mesti di tunaikan. Masa tidak akan menunggu kite sebaliknya kite yang mengejar masa.Waktu malam yang sunyi menambahkan lagi keboringan aku. Rasa malas cukup menebal membuatkan aku malas beronline. YA ALLAH tunjukkan lah jalan kepada hamba mu yang dalam keadaan buntu ini..Amin..
wassalam
nazri2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment