Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Sunday, February 5, 2012

Human Interest & Travel

 Asalamualaikum..
Rasanya dah lama tak update blog. Ketiadaan entry yang menarik menyebabkan perasaan malas semakin menebal. Dalam keasyikan menyelongkar blog tetiba teringgat masih belum update entry travel ke Danau Toba , Brastagi dan Medan pada 5 -9 Januari 2012 .Saya  bertolak pada hari khamis dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Kota Bharu ke Lcct Kuala Lumpur.  Keesokan hari nya tepat jam 845 am , saya , intan dan farid menaiki penerbangan air asia ke Polonia airport Medan. Setibanya disana, kami terus ke pusat pelancongan untuk mendapatkan maklumat mengenai pengangkutan dan tempat-tempat menarik di danau toba dan medan.


 Untuk ke Danau Toba dari Medan mengambil masa selama 6 jam menggunakan kereta. Kami mendapatkan khidmat pak jo sebagai pemandu kereta dan merangkap juga sebagai pemandu pelancong. Tambang yang di kenakan untuk sebuah toyota avanza ialah sekitar 600 ribu rupiah atau  rm 180.Sebelum bertolak kesana kami telah mendapatkan sedikit maklumat supaya kami tidak ditipu. Perjalanan yang panjang terasa bagaikan sekejap sahaja. Kami di sajikan dengan pemandangan sawah padi, gunung ganang dengan tumbuhan yang menghijau. Pak jo tidak loket berkongsi cerita dan pengalaman beliau sebagai pemandu mobil. Gelak ketawa pak jo menghilangkan keboringan dan kelaparan.


Kami sampai di pelabuhan parapat pada pukul 430 pm.Sementara menunggu feri menyeberang  ke pelabuhan aji batak. Kami sempat  meninjau sekitar pekan parapat. Suasananya tasik dengan air kebiruan membuatkan jiwa terasa cukup tenang dan mendamaikan. Tambang  feri yang di kenakan untuk seorang ialah 6000 rupiah atau rm1.60. Di sana  kami menginap di hotel carolina dengan bayaran rm 40 semalaman dengan bilik yang selesa dan luas. Malam pertama kami menghadapi masalah untuk makan malam kerana  hotel kami menginap tidak menyediakan masakan halal. Dengan bantuan pekerja hotel, kami di beritahu berhampiran tempat kami menginap terdapat sebuah warung yang menyediakan masakan halal. Untuk kesana mengambil masa 15 minit dengan berjalan kaki. Nasi goreng tawar menjadi hidangan makan malam kami. Sebelum ke sini kami telah membuat sedikit persediaan dengan membeli meggi, roti, bubur dan biskut. Keesokan pagi kami di hidang sarapan pagi dengan meggi air panas untuk mengalas perut buat sementara waktu. Maka bermula lah episod pengembaraan kami ke puncak menara tele dan beberapa lagi tempat-tempat yang menarik di sini. Kami telah menyewa dua buah motorsikal. Dengan panduan peta petunjuk arah, kami membonceng motosikal sejauh 150 km ke puncak menara tele.
museum batak

 kolam air panas
 tasik danau toba


 permandangan dari menara tele
 kain songket
 pelabuhan aji batak





Pada 9 januari 2012 jam 530 pm kami menaiki penerbangan air asia ke lcct kuala lumpur.Alhamdulillah penerbangan yang mengambil masa selama 45 minit selamat mendarat di lcct. Kami berpecah di terminal, manakala saya bergegas ke bilik pelepasan untuk menaiki penerbangan pulang ke kota bharu. Selama  4 hari di sana  banyak pengalaman yang di perolehi. Insyaallah andai di murahkan rezeki dan di panjangkan umur, saya akan menjejakan kaki kesana lagi.. selamat tinggal medan - danau toba - brastagi - medan . Sehingga berjumpa lagi di lain waktu WASSALAM....

No comments: