Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Tuesday, December 20, 2011

Musim Tengkujuh


       Bulan November dan Disember sudah sinonim dengan penduduk di sebelah pantai timur semenanjung malaysia. Angin monsun timur laut bertiup kenyang ke daratan membawa hujan yang lebat. Bagi penduduk di sebelah pantai timur, mereka tidak dapat turun kelaut menangkap ikan . Mereka akan gunakan musim tengkujuh ini untuk membaiki bot dan jaring. Bagi mereka yang rajin , mereka akan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah untuk menanambahkan sumber pendapatan.


   Salah satu aktiviti nelayan di sebelah pantai timur ialah dengan mengaut ikan menggunakan pukat yang dibuat seperti penyodok. Di Kelantan ia sinonim di panggil " sodok belanak:. Aktiviti ini di lakukan di sebelah pagi sehingga waktu petang.


          Hasil tangkapan ini akan dijual kepada peraih yang menunggu di darat. Seorang penyodok belanak boleh memperolehi  sehingga 25 kg sehari.  Peraih akan membayar rm5 sekg bergantung kepada gred ikan  yang di perolehi.
     

       Bagi penyodok belanak musim ini di tunggu tunggu setiap tahun kerana aktiviti ini sudah menjadi tradisi di musim tengkujuh. Mereka akan berlumba-lumba menunjukkan  kemahiran masing- masing. Bagi pengunjung yang berkunjung ke pantai, mereka  akan melihat aktiviti ini sebagai berbahaya.



        Penyodok terpaksa berdepan dengan ombak besar , angin kenyang serta arus yang kuat.  Mereka memerlukan kemahiran yang tinggi untuk melihat ikan memakan buih di permukaan air laut. Bagi yang sudah lama dengan aktiviti ini di tambah dengan pengalaman yang banyak adalah tidak menjadi masalah kepada mereka.


     Apabila tangkapan di bawa naik ke darat terpancar keriangan di wajah mereka membawa pulang rezeki untuk keluraga...  kisah penyodok ikan belanak

2 comments:

hazanis said...

musim tengkujuh la best...huhu

Nazri Noh Photography said...

best ke. takut la hanis. jom meh pantai irama tegok ombak.. huh takut laaa