Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Sunday, September 22, 2013

DEMI MURABBI DEMI KALAM MU


Demi MUrabbi, Demi Kalam MU..

pedih dek kepanasan,
hitam di bakar mentari,
lelah umpama pelari,
demi kalam MU,
demi mencari penganti murabbi,
aku gadai masa dan hari,
aku gagahkan tenaga empat kerat,
tanpa menoleh ke belakang lagi,
biarkan kata nista orang,
biarkan kata kata cacian,
demi mu murabbi..
aku jahil di bumi nyata,
moga mulia di alam sana,
demi mu murabbi..
demi Menegak kalam mu,
aku pasrah aku redha..
kerana pejuangan mu belum selesai...

17 zulkaedah 1434 h
6.00 pm


Thursday, September 19, 2013

KU PANJATKAN PADA MU


Aku  penat dalam kehidupan,
Aku lelah mengejar kesenangan,
Aku  sakit terkena ranjau dan onak,
Aku rebah dalam persahabatan,
Aku jahil dalam kalam MU
Namun aku cuba mengejar dan terus berlari mencari  jalan yang lurus,
Ya Allah jangan Engkau biarkan aku hanyut dalam kealpaan dunia,
Engkau Tabah kan aku menempuh juram kesengsaraan. Ya Allah sebelum tiba masa nya Engkau permudahkan urusan ku di sini  untuk di sana. Pohon ku permudahkan lah persiapan bekalan ke sana. Mudah kan kerja kerja ku. Lancarkan segala urusan ku. Jadi kan lah ia kenyataan  juga bekalan ....

Aminnn...
13 Zul Kaedah 1434 h



Friday, September 13, 2013

Teres 2 Tingkat Untuk Di JUal ( UMK Bachok )



Teres 2 Tingkat Untuk Di Jual
Lokasi : Berhadapan UMK Kampus Tangok, Bachok.
Berminat  Hubungi : 013-9046535
Harga Boleh Di Runding..

Friday, September 6, 2013

REZEKi


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam. Hari ni gua nak kongsikan satu kisah agar sama sama mendapat manfaat..

Hari ini seharian berada di rumah dari pagi sampai lah ke petang. Pada waktu pagi rutin di hari cuti  ialah membuat kerja kerja rumah sahaja. Dan pada hari ini gua siapkan kerja kerja mengecat mini studio. 
Memandangkan perancangan dah tertunggak lama maka hari ini gua berhempas pulas menyiapkan nya..

Sekembalinya dari solat jumaat gua bercadang tak nak keluar ke mana mana hari ini dan berkira kira untuk berehat di rumah sahaja. Memandangkan penat bekerja di waktu pagi belum lagi hilang.. Sambil baring di atas katil gua habiskan bacaan yang dah lama tertunggak.. Asyik melayan lena mimpi mimpi ngeri, gua di kejutkan oleh abang gua yang kebetulan ada di rumah.Beliau memberitahu ada tetamu yang hendak berjumpa..

Dan dalam fikiran gua pada masa itu hanya untuk bertemu mata sahaja. Tanpa di sangka beliau mengajak ke kedai untuk membincangkan sesuatu. Gua tak fikir apa apa pun di sebabkan yang kepala otak dah du setkan hari cuti hanya lah untuk berehat sahaja.

Tanpa di sangkakan  beliau mengeluarkan salinan dokumen. Alhamdulillah Allah buka kan pintu rezeki pada hari yang barakah. Gua tak menyangka sedikit pun akan dapat rezeki  pada hari ini tetapi  Allah dah aturkan segalanya. Dan rezeki itu datang tanpa di duga melalui orang yang tak di sangka. Yang pasti Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah.

Selepas selesai perbincangan dapat satu panggilan dari sahabat baik yang beliau dalam perjalanan nak menyinggah di rumah. Gua berjanji mahu berjumpa di pantai irama. Beliau mengajak minum di pantai irama. Sedang asyik berborak sambil minum petang gua di sapa seseorang. Beliau menanyakan sesuatu masalah.

Alhamdulillah , dia memjemput kerumah untuk berbincang lebih lanjut lagi. syukur ada rezeki lagi. Kedua dua nya rezeki tadi   tidak gua sangka memandangkan hari ini adalah cuti rehat gua tapi Allah dah tetapkan rezeki ada di mana mana  dan pada waktu mana. Betol kata ustad  Fathuri Salehuddin dalam buku beliau " Mudahnya Menjemput Rezeki  " atau anda boleh layari :http://jemputrezeki.com/ .  Tak perlu gua ulas isi buku itu. Anda baca dan anda akan tahu bagaimana mudahnya nak menjemput rezeki.

Betol rezeki tak akan datang kalau kita tak berusaha. Tapi kenapa susah nak datang walau dah berusaha. Anda baca buku tu dan anda akan tahu caranya...

Bagi gua mudah sahaja amalan nya.Setiap rezeki yang kita dapat akan ada sedikit rezeki orang lain yang Allah hadirkan rezeki itu melalui kita. Apa salahnya kita bersedekah sedikit sahaja dari hasil yang kita dapat sekadar yang kita mampu. Dan yang paling penting adalah keikhlasan kita. Jangan kita rasa apabila kita bersedekah rezeki kita akan berkurang. Walhal makin banyak kita bersedekah makin banyak Allah lipat gandakan rezeki kita.

Sebenarnya rezeki yang kita perolehi adalah dari DIA. DIA yang menurunkan rezeki kepada kita. Kita adalah makhluk yang di jadikan oleh NYA. Maka kita banyakkan memohon doa pada NYA agar di murahkan dan di buka kan seluas  luas nya pintu rezeki sebanyak buih di lautan.

Nescaya akan kita perolehi rezeki yang kita tidak duga...Alhamdulillah...

Ku panjatkan doa pada Mu Ya Rabbi. moga di murahkan rezeki ku..

Amin...

sekian..

nazri noh
7 sep 2013 @ 12.30 am



Wednesday, September 4, 2013

Nasib La Rakyat Malaysia


gambar : sumber dari internet.

Assalamualaikum wbt.

Belum pun reda kenaikan minyak   Ron 95 ,hari ini kita di kejutkan pula  dengan kenaikan harga minyak Ron 97 sebanyak 0.15 sen. Alahai untung nya jadi rakyat malaysia ya. Gua bersyukur kerana malaysia masih aman tak de perang makanan banyak. 

Gua pun pelik la kenapa semua orang kecoh pasal kenaikan harga minyak ne. Walhal kat Thailand lagi mahal minyak dari malaysia.. kah kah kah kah.. Ayat macai bhai.. ngeh ngeh ngeh. 

Korang jangan pelik la kalau pergi kedai mamak harga air naik , harga roti naik sebab dowang pakai minyak pergi beli barang. So kos kos semua tu termasuk  dalam modal.. hehe. Sifir gua senang je , modal meningkat barang mesti kasi naik sikit la.. Jangan bimbang naik sikit je, malaysia aman lagi.. kah kah kah..

Jenuh gua baca tulisan di laman laman sosial, rata rata nya tidak berpuashati dengan kenaikan harga minyak sedangkan harga minyak di pasaran tidak meningkat. Sebelum pilihanraya kerajaan menjanjikan seribu bagai kesenangan untuk rakyat. Dan akhir nya selepas pilihanraya serta hadiah duit raya untuk rakyat ialah sebuah kerajaan hantu raya. Gua nak cerita hantu raya belaan orang dulu dulu ne, kalau di beri makan dia kerja untuk kita. Kalau tak di beri makan , dia makan tuan. kah kah kah kah. Samalah kerajaan sekarang kita dah bagi undi, dah bagi mandat akhirnya dia hentam kita dengan kenaikan bagai. mak aihhhhhh.... nasib la rakyat malaysia. anda bukan berade di palestin. Masih boleh makan dengan senyum..

Gua tak kisah sebenarnya minyak naik ni sebab naik sikit je tapi yang gua runsing ni kesan kenaikan minyak tu yang boleh menjejaskan poket gua. Ada orang bising  , rokok naik banyak tak bising pun minyak naik sikit dah kalut. oiiiiii rokok lu je isap bhai, gua tak isap  rokok. Minyak lu pun isi gua pun isi seluruh rakyat malaysia guna minyak bhai.. kah kah kah kah.. Alahai macai sekolah ke tidak ni. Kita boleh tengok la lepas ne pesta barang naik . Yang ni yang gua takut sebab poket gua tak kembong sangat.. Lagi gua kesian orang kampung  yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Mereka mereka ini rata riti bekerja sebagai nelayan dan petani.

Di mana tugas dan tanggunjawab kerajaan untuk membantu rakyat mengurangkan beban yang di tanggun oleh rakyat. Adakah mandat yang di beri oleh rakyat untuk mentadbir kerajaan bagi membebankan rakyat ?. Gua rasa tugas kerajaan mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat. Alahai kerajaan malaysia yang prihatin.. kah kah kah kah..

Sabar lah ya rakyat malaysia 

kah kah kah kah kah

sekian




HIKMAH


Assalamualaikum wbt.

Aku bukan lah seorang yang berjiwa penulis tapi aku cuba untuk menulis berdasarkan apa yang berlaku semasa.. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Hikmah boleh di terjemahkan dalam pelbagai maksud. Dan hikmah yang aku faham ialah Mengetahui suatu yang paling afdhal dengan ilmu yang termulia. (Lisan Al Arab) atau boleh jugak ditafsirkan sebagaj bijaksana atau tindakan yang menarik. Pada aku apa maksud hikmah sekali pun terpulang pada seseorang individu itu.

Untuk aku ,hikmah cukup besar dalam kehidupan aku selama mana aku bernyawa ini. Setiap apa yang berlaku sepatutnya aku jadikan dia sebagai pengajaran dan teladan untuk aku lebih kuat. Apa kan daya aku tak mampu melawan dan masih seperti dulu..

Jatuh di tempat yang sama dengan luka yang sama adalah sesuatu yang memeritkan untuk di rasai. Malah luka itu barangkali boleh merebak menjadi barah yang marabahaya.. Apa pun Allah maha mengetahui yang terbaik buat hambanya..

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita  punyai hikmah yang patut kita jadikan panduan dan iktibar untuk kita lebih berhati hati agar perkara yang sama tidak berlaku kepada kita.Justeru itu, kita mestilah lebih peka dan bertindak seiringan dengan apa yang telah berlaku.

Aku tak punyai kekuatan untuk melawan dan terus berlawan. Apa kan daya perit yang menusuk hingga tertusuk ke dalam akal fikiran aku.. Jatuh dan jatuh lagi ... luka lama berdarah kembali. Mungkin sembuh ? . Mungkin parah ?. Tiada ubat yang mujarab selain zikrullah..

Ya betol kata ustad !!! . Setiap apa yang berlaku dah tersurat dah tersirat ,itu lah di namakan takdir. Pasrah !! Reda !! Berserah !!  . Namun yang pasti Allah dah janji suatu kebenaran. Maka kata ustad lagi. makanan  untuk jiwa ialah zikrullah. Banyakkan kamu menyebut dan mengingati nama NYA. Nescaya dia Mengingati kamu. 

" Ya dekatkan diri kita pada NYA , cinta kan NYA dan Rasul NYA" maka dia akan dekatkan kita dengan sesiapa yang dia mahu... Doa lah sebanyak mungkin DIA maha mendengar dan maha mengetahui segala yang ghaib..

Usrah ?. dekatkan diri kita pada NYA. Ikut lah segala suruhannya, tinggalkan segala larangan NYA. Insyaallah suatu hari nanti akan ada kemanisannya.....
Pasti Pasti Pasti ...
Janji Allah Pasti...

Maka aku amik iktibar dari segala cerok kehidupan untuk mendewasa kan  kematangan..

Hikmah hikmah hikmah...
hati hati hati hati ....

sekian..

Monday, September 2, 2013

Alahai Rakyat Malaysia

 Assalamualaikum wbt

Hari ni rakyat malaysia di kejutkan dengan kenaikan harga petrol. Harga baru untuk ron 95 ialah rm 2.10 seliter. Bagi gua yang kerja kampung ne cukup terasa bagai.hari hari gua kerja pakai minyak.. Sebelum Pru hari tu kerajaan dah cakap tak kan ada kenaikan  minyak dalam masa terdekat. Tapi apakan daya naik jugak akhirnya.. hahaha.

Nasib la wahai rakyat malaysia. Ni baru minyak yang naik,lepas ni bermacam macam bagai lagi akan naik .Sebelum pilihanraya macam macam  kerajaan janji akan beri kepada rakyat. Tapi sekarang lain jadi nya. kah kah kah...... redha jelah..

Malam ni habis segenap ruang di laman sosial kecoh pasal kenaikan harga minyak. Ada yang menyokong dan ada yang banggan tak menyokong. Gua rasa yang tak menyokong ne sah macai terhormat dan pakai motokar tak pakai minyak.. haha.... Gua tak kisah pun minyak naik , tapi gua cukup kesian orang kampung yang kais pagi makan pagi. Dowang ne kerja petani je. Nak bajak tanah pakai minyak, nak siram pokok pakai minyak, nak pergi kebun pakai minyak.pendek kata semua minyak. Tok jib dok kecoh bagi brim. Mak aihhh hari hari kat tv dok iklan pasai brim. yang minyak ni hari hari dok guna , hari hari dok pakai.. Kalau nak di kira  memang terasa sangat.. 

Apa kan daya malaysia masih aman lagi. Minyak je pun naik, barang lain lum naik lagi. Hah kita tunggu tegok ya kawan kawan. Jangan lak pi tumbuk mamak sebab salah kira. Dah memang roti canai naik harga. Minyak naik la brader. Semua barang sudah naik. Ini roti naik sikit saje.. kah kah kah.. Nah macai , tak puas hati p duduk planet marikh..kah kah kah.

Hah gua tak kisah jugak minyak naik sebab gua pergi kerja pakai basikal je. kalau korang semua nak jimat sila lah pakai basikal. comfirm berbaloi baloi. badan sihat tubuh cergas kan abang jib.. hehehehe.

Apa apa pun selamat mengisi minyak kawan kawan.. brim dapat sekali minyak isi hari hari. undi lah undi la  undi lah untuk di tipu. rakyat susah kerajaan senang.. Syukur Malaysia Masih Aman..

kah kah kah kah...

Thursday, August 29, 2013

Merdeka Merdeka Merdeka.

Assalamualaikum wbt.

sekejap je mase berlalu. hari ni dah 29 ogos 2013. lagi satu hari kita nak menyambut hari kemerdekaan. erkkkk lupe la apa tema tahun ne. kah kah kah.. Apa dah, sebagai rakyat malaysia  kita mesti lah mengambil tahu sejarah kemerdekaan kita..

erkkkk... adakah kita betol betol merdeka.. cuba kita ambil masa 5 minit dan renung seketika. Betol kah kita merdeka.. hehehe patriotik sejenak.. kikiki..

merdeka merdeka merdeka merdeka merdeka... Gema suara melaungkan kata kata hikmah kemerdekaan.. Mari kita kaji keadaan pada hari ini ?. betol kah kita dah merdeka atau hanya retorik sahaja. benar negara kita sudah aman. Penjajah sudah balik , komunis sudah tak de, jepun sudah balik tapi adakah jiwa raga kita, pemikiran kita benar benar merdeka.. Nah tanya balik diri kita.... tak pe negara kita masih aman....

Berpanas berhujan , beribu riban belanja kita habiskan semata mata untuk meraikan hari kemerdekaan.. adakah kita dah merdeka.. bagi gua kita kena merdekakan minda kita dulu.. baru lah kita merdekakan jiwa kita lak. sedangkan sekarang minda kita masih di jajah. anda boleh tegok , anak anak muda kita sekarang senang sahaja di jajah. kita tegok sahaja di media massa mahupun di media cetak.. Malah kalau kita tegok di laman laman sosial . pemikiran pemikiran anak anak  mudah kita di sajikan dengan propaganda2 dari barat. oleh itu dengan mudah anak anak muda kita terpengaruh.

Anda boleh google di laman carian internet dan anda boleh tegok berape peratus anak anak muda kita yang sekarang berada di pusat pusat serenti. Kenapa terjadi ?. mereka terpengaruh atau saje saje suka suka ?. jangan bimbang malaysia masih aman. hehehe... 

Ayuh anak anak muda kita merdeka kan minda kita dari penjajah. Kita jadi kan anak muda yang berwawasan. Yang pasti korban kan ego mu.. usaha dan terus berusaha menjadikan kita  jiwa yang merdeka..

merdeka merdeka merdeka..
sekian.
29/08/2013
4.00 pm


Wednesday, August 21, 2013

Berhabuk Sudah.....



Assalamualaikum wbt.. hari ni dah 15 Syawal 1434 Hijrah dah 15 hari kita beraya.. Alhamdulillah masih lagi dapat menghirup udara segar.. syukur pada MU Ya Rabbi Izati kerana memberi aku nikmat kesihatan yang baik.

Rasanya  dah hampir setahun aku tak sentuh blog ne . Tak update , jengguk pun jarang jarang. Kat umah aku ne, line internet sangat la bermasalah.. ngeh ngeh ngeh ;) . Ada la sekali tu aku buat report dekat TM yang internet dan telefon  kat rumah aku x boleh pakai. Tragis nya dari hari aku buat laporan  sehingga di baiki mengambil masa selama sebulan. Mak aihhh jenuh gua tunggu tp yang bagus nya hari hari operator tanya dah leh pakai ke belum wAkaka.. Tension gua nak menjawabnya.. Yang gua x leh tahan nya , bukan nya rosak teruk pon tercabut kabel je.. kah kah kah .

Alhamdulillah minggu ne gua dapat jimat sikit belanja sebab hari hari gua di jemput ke rumah terbuka.. Tak kan korang tak leh badjet lagi. Gua apa lagi ,pantang di ajak terus balun habis habisan hahaha siap tapau lagi. Nasib la badan. Sowie geng gua melalak sikit pepagi ne, sebab gua baru tau yang blog leh je di hapdate pakai phone cabuk gua ne. kah kah kah. Gua apa lagi taip story tak hinggat dunia la jawab nya. 

Semalam gua dapat mesej dari membe gua. member gua cakap nak beli kete baru dah tak boleh buat pinjaman kereta sehingga 9 tahun . Huh lemah semagat gua. Baru gua pelan nak pakai kete  Sky lline, alamaknya mimpi jelah.. ahhhhh .. nek basikal sudah.. opice gua bukannya jauh sagat pun lalalalala... Seingat gua kerajaan memerintah dah janji nak turunkan harga kereta dalam manifesto mereka tapi sekarang harga kereta masih lagi sama. Jawabnya janji tinggal janji. aduhhhhh pelan gua melencong lagi. Takpe gua dah teropong kat Australia, kat sana kereta malaysia jauh lagi murah kat malaysia. Gua cadang nak ajak membe2 kongsi beli kereta kat sana. Murah sikit belanja pos nanti . Leh share share payment untuk kos penghataran wahahaha.

okey lah dah panjang rasanya membebel  first entry untuk tahun 2013 . Insyaallah gua akan rajin rajin kan diri hapdate selalu.. 

salam aidilfitri 1434 hijrah.
tq.