Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Wednesday, September 4, 2013

HIKMAH


Assalamualaikum wbt.

Aku bukan lah seorang yang berjiwa penulis tapi aku cuba untuk menulis berdasarkan apa yang berlaku semasa.. Ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.. Hikmah boleh di terjemahkan dalam pelbagai maksud. Dan hikmah yang aku faham ialah Mengetahui suatu yang paling afdhal dengan ilmu yang termulia. (Lisan Al Arab) atau boleh jugak ditafsirkan sebagaj bijaksana atau tindakan yang menarik. Pada aku apa maksud hikmah sekali pun terpulang pada seseorang individu itu.

Untuk aku ,hikmah cukup besar dalam kehidupan aku selama mana aku bernyawa ini. Setiap apa yang berlaku sepatutnya aku jadikan dia sebagai pengajaran dan teladan untuk aku lebih kuat. Apa kan daya aku tak mampu melawan dan masih seperti dulu..

Jatuh di tempat yang sama dengan luka yang sama adalah sesuatu yang memeritkan untuk di rasai. Malah luka itu barangkali boleh merebak menjadi barah yang marabahaya.. Apa pun Allah maha mengetahui yang terbaik buat hambanya..

Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita  punyai hikmah yang patut kita jadikan panduan dan iktibar untuk kita lebih berhati hati agar perkara yang sama tidak berlaku kepada kita.Justeru itu, kita mestilah lebih peka dan bertindak seiringan dengan apa yang telah berlaku.

Aku tak punyai kekuatan untuk melawan dan terus berlawan. Apa kan daya perit yang menusuk hingga tertusuk ke dalam akal fikiran aku.. Jatuh dan jatuh lagi ... luka lama berdarah kembali. Mungkin sembuh ? . Mungkin parah ?. Tiada ubat yang mujarab selain zikrullah..

Ya betol kata ustad !!! . Setiap apa yang berlaku dah tersurat dah tersirat ,itu lah di namakan takdir. Pasrah !! Reda !! Berserah !!  . Namun yang pasti Allah dah janji suatu kebenaran. Maka kata ustad lagi. makanan  untuk jiwa ialah zikrullah. Banyakkan kamu menyebut dan mengingati nama NYA. Nescaya dia Mengingati kamu. 

" Ya dekatkan diri kita pada NYA , cinta kan NYA dan Rasul NYA" maka dia akan dekatkan kita dengan sesiapa yang dia mahu... Doa lah sebanyak mungkin DIA maha mendengar dan maha mengetahui segala yang ghaib..

Usrah ?. dekatkan diri kita pada NYA. Ikut lah segala suruhannya, tinggalkan segala larangan NYA. Insyaallah suatu hari nanti akan ada kemanisannya.....
Pasti Pasti Pasti ...
Janji Allah Pasti...

Maka aku amik iktibar dari segala cerok kehidupan untuk mendewasa kan  kematangan..

Hikmah hikmah hikmah...
hati hati hati hati ....

sekian..

No comments: