Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Friday, September 6, 2013

REZEKi


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah pujian bagi Allah Tuhan sekelian Alam. Hari ni gua nak kongsikan satu kisah agar sama sama mendapat manfaat..

Hari ini seharian berada di rumah dari pagi sampai lah ke petang. Pada waktu pagi rutin di hari cuti  ialah membuat kerja kerja rumah sahaja. Dan pada hari ini gua siapkan kerja kerja mengecat mini studio. 
Memandangkan perancangan dah tertunggak lama maka hari ini gua berhempas pulas menyiapkan nya..

Sekembalinya dari solat jumaat gua bercadang tak nak keluar ke mana mana hari ini dan berkira kira untuk berehat di rumah sahaja. Memandangkan penat bekerja di waktu pagi belum lagi hilang.. Sambil baring di atas katil gua habiskan bacaan yang dah lama tertunggak.. Asyik melayan lena mimpi mimpi ngeri, gua di kejutkan oleh abang gua yang kebetulan ada di rumah.Beliau memberitahu ada tetamu yang hendak berjumpa..

Dan dalam fikiran gua pada masa itu hanya untuk bertemu mata sahaja. Tanpa di sangka beliau mengajak ke kedai untuk membincangkan sesuatu. Gua tak fikir apa apa pun di sebabkan yang kepala otak dah du setkan hari cuti hanya lah untuk berehat sahaja.

Tanpa di sangkakan  beliau mengeluarkan salinan dokumen. Alhamdulillah Allah buka kan pintu rezeki pada hari yang barakah. Gua tak menyangka sedikit pun akan dapat rezeki  pada hari ini tetapi  Allah dah aturkan segalanya. Dan rezeki itu datang tanpa di duga melalui orang yang tak di sangka. Yang pasti Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah.

Selepas selesai perbincangan dapat satu panggilan dari sahabat baik yang beliau dalam perjalanan nak menyinggah di rumah. Gua berjanji mahu berjumpa di pantai irama. Beliau mengajak minum di pantai irama. Sedang asyik berborak sambil minum petang gua di sapa seseorang. Beliau menanyakan sesuatu masalah.

Alhamdulillah , dia memjemput kerumah untuk berbincang lebih lanjut lagi. syukur ada rezeki lagi. Kedua dua nya rezeki tadi   tidak gua sangka memandangkan hari ini adalah cuti rehat gua tapi Allah dah tetapkan rezeki ada di mana mana  dan pada waktu mana. Betol kata ustad  Fathuri Salehuddin dalam buku beliau " Mudahnya Menjemput Rezeki  " atau anda boleh layari :http://jemputrezeki.com/ .  Tak perlu gua ulas isi buku itu. Anda baca dan anda akan tahu bagaimana mudahnya nak menjemput rezeki.

Betol rezeki tak akan datang kalau kita tak berusaha. Tapi kenapa susah nak datang walau dah berusaha. Anda baca buku tu dan anda akan tahu caranya...

Bagi gua mudah sahaja amalan nya.Setiap rezeki yang kita dapat akan ada sedikit rezeki orang lain yang Allah hadirkan rezeki itu melalui kita. Apa salahnya kita bersedekah sedikit sahaja dari hasil yang kita dapat sekadar yang kita mampu. Dan yang paling penting adalah keikhlasan kita. Jangan kita rasa apabila kita bersedekah rezeki kita akan berkurang. Walhal makin banyak kita bersedekah makin banyak Allah lipat gandakan rezeki kita.

Sebenarnya rezeki yang kita perolehi adalah dari DIA. DIA yang menurunkan rezeki kepada kita. Kita adalah makhluk yang di jadikan oleh NYA. Maka kita banyakkan memohon doa pada NYA agar di murahkan dan di buka kan seluas  luas nya pintu rezeki sebanyak buih di lautan.

Nescaya akan kita perolehi rezeki yang kita tidak duga...Alhamdulillah...

Ku panjatkan doa pada Mu Ya Rabbi. moga di murahkan rezeki ku..

Amin...

sekian..

nazri noh
7 sep 2013 @ 12.30 am



No comments: