Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Wednesday, December 29, 2010

hari ini masih seperti semalam

Assalamualaiku.
29/12/2010-30/12/2010 ,Rabu - Khamis. Hari ini masih seperti semalam tiada beza nya, tiada perubahannya. Hanya Allah je yang maha mengetahuinya. Sabar sabar sabar sabar sabar dan terus bersabar. Pepatah ada mengatakan sabar itu separuh dari iman. Sesiapa yang banyak bersabar akan memperolehi balasan nya nanti daripada ALLAh s.w.t.InsyaALLAH. Sejak akhir-akhir ni banyak ujian dan rintangan yang perlu aku tempuhi. Bermacam-macam perkara berlaku. Entah bile lah penghujungnya ye.

Sekarang dah tak de idea nak karang ayat. Otak dah makin ketandusan maklumat. Jadi stakat ne jelah yang mampu untuk coretan kali ne. Insyallah kalau ade cerita menarik aku akan kongsi lagi..

wassalam
nazrinoh



Tuesday, December 28, 2010

kerass..

Assalamualaikum.
28/12/2010, Selasa. Pagi di selubungi kesejukkan. Aku kuatkan hati melawan nafsu malas.Hujan yang tidak henti-henti dari semalam, aku kuatkan diri untuk melunaskan tanggunjawab ku kepada masyarakat.Apakah sebab hari ni aku rasa cam terasing je. Tetiba kepala otak memikirkan yang bukan-bukan. adoiiiiiii.. penat nya. Kenapa lah dalam dunia ni ada manusia yang berhati batu.. Ya Allah Engkau lembutkan lah hati-hati yang keras ini . Agar di permudahkan urusan-urusan aku. Masih ade lagi orang yang sanggup bersikap sedemikian tanpa memikirkan kepentingan orang lain. Tak tau kah dia dengan cara sedemikian menyusahkan hidup orang. Fikir-fikirkan lah. Demi memuaskan hati kite, sanggup menyusahkan oirang lain... wallahuaalam

wassalam
nazri noh

Monday, December 27, 2010

KeMaLaSaN..

Assalamualaikum..
27/12/2010. Isnin. Hari ni seperti biasa memulakan pekerjaan di awal pagi dengan menyemak fail-fail yang belum lagi selesai. Tiga hari cuti membuatkan otak aku menjadi beku dan lambat mengakses maklumat.Malas, malas, malas , malas menyerang minda aku. Satu benda pun lum nampak hasil lagi. Entah apa yang aku buat hari ni. Asyik mengelamun je ni. Macam mana nak mula tahun baru ni. Tahun ni pun masih dengan feel lama lagi. Alamak cam ner nak plan azam baru ni yang lama pun lum kasi setel lagi... haihhhhhh. Otak pun dah makin kurang idea. Tak tau nak menulis ape lagi.Kepala lak asyik berpusing je. Pening nye pasal aku tido sampai lupa nak masuk kerja balik nasib baik la tepon tulun kejutkan. Pening pening pening pening pening pening dan pening lagi. Sabar dan tahan jelah.. ermmmmmmmmmmmm.. sampai sini jelah dah tak tau pe dah..
wassalam....
nazrinoh@ 6.30am

Sunday, December 26, 2010

merehatkan minda....

Assalamualaikum..
25-26/12/2010, Sabtu-Ahad. Rehat yang cukup wat badan kite bertenaga dan segar kembali. Dua hari aku lepak di rumah dengan aktiviti tido dan makan je.Hilang penat lelah selama ini berkejaran kesana-kesini dengan tido yang cukup. Esok bermulalah kembali pekerjaan aku seperti biasa. Rasa bersemangat berkobar-kobar dalam diri nak memulakan pekerjaan. InsyaALLAH badan yang segar dan cergas buat kerja kite jadi sempurna.

Aku dah tak de idea nak tulis disebabkan tido dan makan saja selama dua hari. Jadi takde aktiviti yang aku buat. Ado satu petikan ayat yang aku baca dari buku "siapa dia di hati ku" untuk aku kongsi same-same. Petikan ni buat aku tertarik dan baca banyak kali :

Silih Ganti Rasa

TUHAN....
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN....
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmat-MU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenangkan-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN....
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengingat-MU

TUHAN....
Bicara-MU tanpa suara
Belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua.

wassalam
nazrinoh@1.13am

Friday, December 24, 2010

mencari....

Assalamualaikum.
24/12/2010, Jumaat. Hari ini rasa swonok tak terkata kerana dapat cuti selama 3 hari.Jadi leh la tido dan rehat sepuas-puasnya. Pagi-pagi lagi aku dah bangun ke kedai untuk bersarapan.Alhamdulillah kenyang sudah, syukur kepada mu dengan nikmat yang engkau berikan walaupun kenyang buat sementara sahaja. Ulser aku belum lagi sembuh sepenuhnya tp dah leh makan slow-slow.

Mencari? banyak maksud yang boleh kite maksudkan dengan mencari. Tapi bagi aku , maksud mencari yang aku cari ialah mencari nur keimanan. Kite hidup pada zaman sekarang di sogok dengan nikmat rezeki yang melimpah ruah. Tanpa kite sedari ,kite telah leka dengan nikmat dunia yang sementara tanpa menghiraukan bekalan untuk hari esok. Aku telah lama hanyut dan lupa tanggunjawab aku sebagai mukmin demi mengejar kemewahan dunia yang tidak kekal. Segala suruhannya dan kewajipan aku kepadanya aku abaikan.Aku biakan diri aku hanyut dengan nafsu. Hakikatnya aku membiarkan diri aku di ulik mimpi-mimpi indah tanpa mencari dan berpatah balik ke jalan yang lurus.

Ayuh , selagi kite masih bernafas dan di beri kesihatan yang baik mari lah same-same kite cari pengertian iman yang sebenar. Dengan iman lah kite mendapat manfaat di akhirat kelak .InsyaALLAH. Sama-sama kite membuat anjakan paradigma di dalam diri agar mememui nur keimanan yang berkekalan buat selama-lamanya.

wassalam.
nazri 5.30am

Thursday, December 23, 2010

kemana?

Assalamualaikum..
23/12/2010, Khamis. Hari pertama aku bekerja selepas menghabiskan cuti rehat selama tiga hari. Tiga hari berturut-turut aku berhempah pulas berperang dengan exam dan sekarang menunggu keputusannya samada lulus ataupun gagal. Andainya lulus bermulalah proses seterusnya yang memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi.Cuti yang panjang menyebabkan kerja-kerja aku di pejabat menjadi bertimbun-timbun.Bersusun-susun fail di atas meja aku yang memerlukan aku menyemaknya. Tetiba perasaan malas bermain di fikiran.Nasib aku baik, lepas ni dah tak ade meeting dan tak perlu segerakan fail yang banyak tu. Leh la aku wat pelahan-lahan.Alhamdulillah

Hari ni tak de pe yang menarik nak aku tulis tapi balik je kerja kena kerja lagi hahaha.. Aku terpaksa bergegas ke kota bharu di sebabkan nak setel semua bil-bil tok minggu ni. Huh lega semuanya sempat aku buat dalam masa 2jam. Alhamdulillah di permudahkan segala urusan aku.

Mulai malam ni dah bermula kelas belajar ukrawi. InsyAALLAH sikit-sikit akan aku pelajari dan perbetolkan ape-apa yang aku tersalah. Rasanya banyak lagi yang belum aku tahu dan banyak lagi yang perlu aku dalami. Supaya amalan aku untuk bekalan disana nanti di terima olehNYA. Kite manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Andainya kite tidak memperbetolkan kesilapan itu, sampai akhirnya kite dengan kesilapan tu.Maka time kite hidup ni lah kite kena belajar dan terus belajar.InsyAALLAH akan aku tambah sikit demi sikit dan akan aku baiki kelemahan itu satu persatu.

wassalam
nazrinoh@6.30am


Wednesday, December 22, 2010

terasa GELAP...

Assalamualaikum w.b.t..
22/12/2010, Rabu. Bangkit dari tido dengan semangat berkobar-kobar untuk menghadapi hari ini. Perasaan gelisah bermain-main di fikiran. Apakah aku dapat menghabiskan hari ini dengan cermelang, terbilang dan gemilang. Oh tidak, rupa-rupannya keadaan sebaliknya. Aku terasa keadan menjadi gelap gelita. Tanpa ada cahaya yang mampu menunjuk jalan-jalan yang nak di laluinya.

Hari ni last exam,dari pagi sampai ke petang terpaksa lah aku menunggu dengan sabar.Hari ini terasa amat susah sedikit berbanding dari hari-hari sebelum ini. Aku mengharapkan yang terbaik dari Mu Ya Allah. Semoga di permudahkan segala-galanya. Perasaan menjadi gelisah dan kucar kacir, masa menjadi terlalu lambat bergerak.Aku terpaksa menunggu sehingga giliran aku tiba.Aku merasakan seolah-olah dunia ini seakan sudah gelap gelita.Fikiran ku menjadi buntu ,tak tau ape yang nak di jawab. Ya Allah aku telah berusaha, selebihnya aku bertawakal kepada Mu Ya Allah. Kepada Engkau aku memohon agar di beri kejayaan dalam perjuangan aku ini Ya Allah. Aminn...

Seawal kul 5.30pm , aku telah sampai di rumah. Alhamdulillah selesai sudah perjuangan aku selama 6 bulan. Aku terpaksa menunggu hampir 6 bulan untuk mengetahui keputusannya. InsyAALLAH kejayaan yang di tunggu.Perjalanan aku masih jauh, banyak lagi jalan-jalan yang perlu aku lalui dan tempuhi. Begitu susah untuk mendapatkan sesutu yang berharga dalam hidup. Tanpa usaha yang berterusan kejayaan tidak akan muncul.

wassalam
nazrinoh@6.00am

Tuesday, December 21, 2010

bINgung!!!!!!!!

Assalamualaikum.
21/12/2010,Selasa. Hujan masih belum henti-henti lagi. Kul 7.00am aku dah gerak ke tempat exam. Fikiran berpusing ligat,entah kemana aku berkhayal.Perasaan berserabut bermain di dalam kepala bercampur rungsing. Harap-harap ezam hari ni aku dapat jawab dengan senang hati.

Exam bermula kul 8.30am dan berakhir kul 7.00pm. Hari ni sangat letih,aku rehat untuk solat zohor dan asar saje. Aku tak sempat nak makan tengah hari di sebabkan kesuntukkan masa. Alhamdullilah usaha aku selama ini berbaloi. Aku dapat siapkan dengan sempurna tanpa ada sebarang masalah. Walaupun penat dan keletihan , aku bersyukur dipermudahkan urusan aku untuk hari ini.Masih berbaki satu hari lagi yang perlu aku hadapi. Esok ialah hari terakhir exam aku. Moga-moga untuk esok hari berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.Walaupun aku dalam kepeningan aku masih dapat memjawab dengan baik. Terima kasih kawan-kawan kerana membantu aku menyiapkan tugasan ini. Budi baik kalian hanya ALLAH saja yang mampu membalasnya.

Disebabkan keletihan yang teramat sangat aku tido awal. Esok pepagi lagi dah nak kena bangun untuk meneruskan hari terakhir exam. Harap-harap hari ni tak kepeningan lagi.. InsyAALLAH..

wassalam
nazrinoh@5.21am

Monday, December 20, 2010

nasib.,

Assalamualaikumm..
20/11/2010, Isnin. Seperti biasa seawal kul 6.oo pagi aku dah siap bersedia untuk berjuang. Hari ni dengan semangat berkobar-kobar aku melangkah turun ke tempat exam. Exam bermula kul 8.30 am,bermula la perjuangan aku selama ini. Hari yang aku tunggu telah tiba.Terasa masa bergerak terlalu pantas. Tiga jam berlalu terasa semacam 10 minit je berlalu. Alhamdullilah aku dapat jawab dengan jayanya.Cuma nasib je belum tau lagi. Harap-harap kejayaan menanti di hadapan. Perjuangan ku masih berbaki 3 hari lagi, Baru lah leh di istihar merdeka. Tetapi ianya merdeka buat semetara sahaja kerana perjuangan ku masih jauh.Masih banyak yang perlu aku tempuhi dan harungi. Aku mengharapkan nasib ku di masa-masa akan datang bertambah baik. Aku hanya merancang Engkau yang menentukan.

Adoiiii aku baru je sembuh ulser sebelah kiri, sekarang belah kanan lak. Teramat siksa untuk menelan makanan.Baru je dapat rase nikmat kelazatan dan sekarang dan kena tarik balik. Setiap sakit yang menimpa kite mesti ade sebabnya dan sebab itu adalah sebagai penghapus dosa-dosa kita.Ya Allah engkau ampunkanlah dosa-dosa ku Ya Allah.. amin

Malam ne tido pun menjadi tak lena sebab asyik memikirlkan apa yang akan berlaku esok hari.Harap-harap perjuangan aku esok hari berjalan dengan baik. InsyAALLAh..

wassalam
nazrinoh@6.00am

Sunday, December 19, 2010

perJuanGan belUm sElesaiii..

Assalamualaikum..
19/12/2010, Ahad. Pagi yang ceria ditemani hujan yang renyai-renyai,aku masih di beri nikmat kesihatan yang baik. Permulaan hari pertama bekerja teramatlah malas di sebabkan dua hari bercuti yang menyebabkan otak aku kurang aktif. Hari ne aku bangun awal dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bekerja tetapi kedatangan aku lewat sedikit.Entah kenapa pepagi lagi aku dah berkhayal dan mengelamun sampai ke bulan tanpa menyedari jam dah kul 8.00 am. Dengan kelam kabutnya aku memecut dengan harapan tak kelewatan sangat. Alhamdulillah masih leh di selamatkan lagi... hehehe.

Esok perjuangan aku akan bermula. Harap-harap usaha aku selama ini mendatangkan hasil. Ya Allah Engkau permudahkan lah urusan aku untuk esok hari moga-moga perjuangan aku tidak terhenti di sini. Masih panjang lagi masa yang perlu aku tempuhi untuk mengecapi kejayaan di kemudian hari. Aku umpama berada di anak tangga pertama dan masih banyak anak tangga yang perlu aku panjat.Bertapa sukarnya nak melepasi dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain. Banyak dugaan yang perlu aku hadapi. Bak kata pepatah bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah. Tapi aku bersyukur dengan ape yang aku dapat. Sesungguhnya Allah telah tetapkan rezeki kite. Yang penting kite berusaha bersungguh-sungguh. Rezeki tidak akan datang bergolek.

Perjuangan aku belum selesai, masih banyak yang aku rencanakan dan belum di laksanakan . InsyaALLAH akan aku robek menjadi satu realiti dan bukan terhenti di sini. Satu anjakan paradigma mesti di zahirkan, nafsu mesti di tewaskan baru lah kejayaan muncul umpama sang mentari menyinar di waktu pagi...

wassalam..
nazrinoh@11.30pm

Saturday, December 18, 2010

HARI ini"""





Assalamualaikum..
18/12/2010,Sabtu. Seawal pukul 7.00 am, aku sudah keluar untuk membuat penyediaan menghadapi exam pada hari isnin.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH mudah-mudahan aku dapat menjawab dengan jayanya dan memperolehi kejayaan cemerlang. Ini baru langkah pertama yang perlu aku hadapi dan aku perlu melangkah lebih jauh lagi untuk mengecapi kejayaan demi kejayaan. Aku mengharapkan cita-cita aku terlaksana dengan izin Allah S.w.t nescaya aku hanya merancang dia yang menentukan. Masih jauh lagi perjalanan yang mesti aku lalui dengan jalan-jalan yang berliku, dengan lubang- lubang di kiri dan kanan, dengan jalan yang sempit semestinya mengambil masa yang agak lama. Kesabaran lah yang menjadi asas untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Tanpa kesabaran dan semangat juang yang tinggi sudah pasti akan tertewas di tengah jalan.Kita umpama mendaki ke puncak gunung, banyak halangan dan dugaan yang perlu kite tempuhi serta lalui. Tetapi apabila sampainya di puncak gunung yang kita tawan, alangkah gembira perasaan kita merasai dan menikmati permandangan yang begitu indah ,agung ciptaan yang maha berkuasa. Tak tergamba bertapa hebatnya kebesaran Allah s.w.t. Itu lah nikmat yang kite perolehi dari kejayaan yang kita dapat.

Sebelah petang aku terpaksa bekejar kesana-kemari untuk menyelesai beberapa lagi perkara yang perlu di selesaikan. Alhamdullilah ianya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.Kul 6.00 pm baru lah aku sampai di rumah dan merehatkan diri wat sementara.Hilang penat lelah aku untuk hari ini.Moga-moga di berkati pekerjaan aku sepanjang hari ini.

Sebelah malam aku hanya melepakkan diri dalam bilik sambil-sambil melayan televisyen. Entah bile aku terlelap, sedar-sedar jam dah kul 3.30 am. Badan pun dah rasa segar kembali.. Mata pun dah ngantuk balik.. jom tidoooo...

nazri noh @ 5.34am



Friday, December 17, 2010

pOhOn di pErmUdaHkan..


Assalamaualaikum.
17/12/2010, Jumaat. Hari ne dah start hujan balik. Hujan dari semalam tak henti-henti lagi. Aku rancang nak keluar ,tp di sebabkan cuaca sejuk dan dingin aku membatalkan hasrat. Hari ni aku dapat rest secukupnya. Dari pagi sampai ke petang kerja aku hanya lah tido dan makan.Baru rasa segar sikit badan sebab dapat rehat yang cukup.

Perancang aku hari ni nak siapkan buku log untuk di hantar esok pagi. Kul 5.00 pm aku ke kota bharu mencuci gamba kerja dan site untuk di masukkan dalam buku log.Hari ni tak de pe2 aktiviti yang nak di lakukan, hanya nak siapkan buku log saje.Harap-harap di permudahkan segala urusan untuk hari ini.

Malam ni aku berhempas pulas menyiapkan lukisan,dokumen dan gamba yang nak di masukkan dalam buku log tu. Ni lah cara kerja last minit,terpaksa bersekang mata untuk nak siapkan.Alhamdulillah walaupun tak sempurna aku dapat siapkan jugak. Syukur kepada mu Ya Ilahi mempermudahkan kerja-kerja aku tanpa ade masalah.. Sekarang waktu tdo.. hohoho

Wassalam
nazri@5.38am

Thursday, December 16, 2010

kedamaian.

Assalamualaikum.
16/12/2010, Khamis. Semalam disebabkan badan terlalu letih aku masuk tido awal. Kul 11.00 mlm aku dah hanyut di bui mimpi-mimpi. Alhamdulillah dapat gak aku rest badan aku. Pepagi lagi aku dah bangun dan ready untuk ke pejabat. Hari ini tubuh terasa segar dan bertenaga. Aku dah selesai semua kerja jadi tak banyak la kerja yang nak di buat. Boleh la aku berangan sikit hehehe.

Hari ini waktu bekerja samapia kul 3.30 pm, aku terus bergegas pulang tok sambung kerja part time aku.Destinasi aku seterusnya ke kota bharu untuk menyelesaikan urusan gaji dan order barang . Alhamdullilah dapat selesaikan satu persatu hari ni.

Kedamaian?.Kedamaian bermaksud kesejahteraan yakni memberi kita perasaan tenteram.harmoni dan bahagia.cuba kita fikir,berapa orang manusia yang benar-benar dapat mengecapi kedamaian sebenar .Semua orang pastinya mencari kedamaian. Di manakah tempat yang damai tu ? Aku cuba meyelongkar otak ku mencari-mencari di manakah tempat yang damai itu. Sesungguhnya kedamaian lah akan menghasilkan ketenangan buat kite.Hanya kepada Mu Ya Allah yang menjadikan sesuatu kedamaian itu tenang buat aku. Sesungguhnya aku insan yang kerdil di sisi Mu. Alangkah indahnya andai hidup kite ini di kelilingi kedamaian. Sudah pasti hidup kite akan bahagia dunia akhirat..

nazri noh @ 5.30 am

Wednesday, December 15, 2010

hanyut.

Assalamualaikum.
15/12/2010, Rabu. Pepagi lagi aku tak dapat nak buat kerja, mata aku terlalu mengantuk. Nak tido tak boleh sebab time ne waktu aku bekerja jadi aku terpaksa tahan la. Kepala lak rasa cam hanyut semacam je. Ini lah kesan dari tak cukup rehat n tido. Dah seminggu dah aku tido lewat. Tubuh ku keletihan tp mata lak kesegaran. Di sebabkan rehat dan tido yang tak cukup aku jadi hanyut entah kemana. Nasib baik minggu ne kerja aku di pejabat tak banyak. Boleh la aku rilek-rilek sikit. Sesungguhnya kite hidup di dunia ini di penuhi oleh nikmat-nikmat yang banyak. Allah kurniakan kite berbagai-bagai jenis nikmat untuk keselesaan kite hidup di dunia yang sementara ini. Kite di beri nikmat kesihatan, nikmat kesenangan dan bermacam-macam lagi jenis nikmat. Tapi kite manusia sering lupa kepada pemberi nikmat.Kite hanyut, leka dan khayal dengan nikmat yang di beri. Sesungguhnya nikmat yang di berikan di dunia ini adalah sementara sahaja dan yang kekal hanya lah di akhirat nanti. Kite selalu mengejar kebahagian dan kesenangan dunia yang sementara tanpa memikirkan bekalan-bekalan untuk ke tempat yang kekal abadi nanti. Aku hanyut dengan dunia , aku lupa dengan suruhanNya, aku lalai kewajipan aku kepada Mu. Ya Allah aku memohon kepada Mu, Engkau berikanlah petunjuk kepada aku agar aku tidak lalai dengan nikmat dunia yang sementara dan Engkau tunjukkan lah jalan-jalan yang lurus. Amin...

wassalam
nazri@4.45am

Tuesday, December 14, 2010

...........?............

Assalamualaikum..
14/12/2010, Selasa.. Di sebabkan tido yang tak cukup, aku bekerja dalam keadaan tak bermaya. Badan terasa letih yang teramat cagat. Kul 7 aku dah ready nak masuk kerja,takut terlambat lagi. Hari ni kerja tak banyak tapi kepala aku pening semacam je. Mungkin dalam minggu ne tido aku selalu je tak cukup.Pepagi lagi dah dapat masalah, ingatkan hari ni leh rilek sket tp dah dapat call marah2.. adoii. Hidup ne tak leh lari dengan dugaan, ade saje maslah yang datang. Selesai je satu datang nye tiga. Sampai bile aku nak hidup dengan masalah ?. Ya Allah Engkau permudahkanlah urusan ku hari-hari yang mendatang. Hari ne terpaksa kesana-kemari lagi nak setel problem ne. Masa aku banyak kerja la dia datang menyemak kat dalam otak aku.. Kepala lak terus pusing-pusing.

Letih dan penat bukan mem lagi tp apakan daya rezeki mesti di cari. Aku gagahkan kudrat siang dan malam mencari apa yang aku inginkan. Hidup aku kembali kepada yang lama balik. Igatkan dah tinggal cara hidup yang tak teratur.Apakan daya itu saja yang mampu aku buat. Kawan-kawan pun dah tengok lain, dowang cakap aku makin kurus. Aku pulak rasa cam biasa je.Tp betol gak apa yang dowang cakap sebab jam yang aku selalu pakai ketat tiba-tiba dan jadi longgar. Pakaian lama yang dah tak leh pakai terpaksa aku pakai balik.Mungkin jugak betol cakap dowang ne.Ok la tu daripada orang lain gemuk nak jadi kurus cukup susah. Aku dengan kerja jer leh seimbangkan berat badan. Last aku timbang selepas puasa tempoh hari dah 72 Kg mungkin dah normal balik ke 62 Kg hohoho. Alhamdulillah.. Aku masih lagi di beri kesihatan yang baik.

Dah seminggu dah aku tido lewat, Kepala ku yang asyik memusing membuatkan aku tak dapat tido.. Ya Allah andainya sakit yang kau beri sebagai penghapus dosa ku, Aku redha dengan ke tetentuan Mu. Jam dah kul 3.00 pagi aku masih tak dapat lelapkan mata. Esok pepagi lagi dah nak kena bangun, harap-harap tak terlepas subuh. Kepada Mu aku berserah...

wassalam...
nazri @ 3.00am.

Monday, December 13, 2010

Resah..

Assalamualaikum..
13/12/2010, Isnin.Hari ni aku amik cuti satu hari sebab nak setel keje dekat ILP tp masa lak tak mengizinkan dan tak sempat nak siapkan. Hari ni cukup memenatkan, dari kul 9.00 am sampai lah kul 5.30 pm aku bekerja tanpa henti-henti . Skang ni hidup aku dah jadi tak teratur, tak de masa makan, lepak, dan nak baca buku-buku.Hari ne je aku makan nasi time bekpes pagi je pah tu sambung kerja sampai ke petang .. Aku sendiri pun jadi hairan napa la perut aku jadi cam tak lapar je, makan skali sehari pun dah cukup dah. Hari ne tak leh nak cakap bertapa penat dan letih, balik je petang tadi terus tido sampai maghrib.Tak de pe nak di kongsi untuk hari ni. Kepala pun dah tak de idea nak menulis jam pun dah kul 2.00am. Time ne patutnya aku dah nak kena tido tapi mata tak mau tido. Nampak gayanya terpaksa la aku bersekang mata membuat ketja lagi. Harap-harap esok aku tak kelambatan masuk kerja .InsyaALLAh

wassalam.
nazri @ 2.00 am

Sunday, December 12, 2010

JalaN____________.

Assalamualaikum.
12/12/2010, Ahad. Aku kerja sampai kul 1.30 pagi semalam menyebabkan pagi ni aku kelewatan pergi kerja. Alhamdulillah masih sempat sampai sebelum kul 8.00 am. Hari ini tak banyak kerja nak di buat so leh la aku rilek-rilek menanti arahan dari bos aku.Kul 12.00 pm aku bergegas ke kota bharu untuk menyelesaikan satu kerja yang terpaksa aku buat hari ni jugak.Di sebabkan esok hari terakhir untuk di hantar, dengan malasnya aku selesaikan jugak seperti yang di arahkan.

Kul 5.00 pm aku balik dari kerja terus menyambung kerja semalam yang masih belum selesai. harap-harap esok dah tak yah bersekang mata untuk nak siapkan lagi. Alhamdulillah dapat gak aku siapkan malam ne tp jam skang dah kul 2.00 pagi. Alamak nampak nya kena tido lewat lagi. Esok pepagi lagi dah nak kena bangun adoiii penat nya.. Bile lah aku leh restkan badan ne. Skang ne badan pun rasa terlalu penat... mulut lak masih lum sembuh agi, seksanya aku nak menelan makanan.

Aku terbayang-bayang dengan pepatah melayu dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Yap betul pabila kite mahu sesuatu mesti ade jalan-jalan nya. Tapi adakah kite akan melalui jalan yang lurus?Kalau lah kite dapat jalan yang lurus nescaya senang lah kerja kite. Bagaimana pulak andai jalan yang kite lalui tu berliku-liku? sudah pasti banyak dugaan yang perlu kite hadapi. Kesabaran lah antara faktor yang mendorong kite untuk mengapai kejayaan itu.Dengan berkat usaha dan tawakal kepadaNya insyaALLAH kejayaan menanti kite di hadapan. Nak mengembirakan hati orang cukup senang tapi nak mengembirakan hati sendiri cukup susah. Sama- sama kite renungkan..

wassalm
nazri @ 2.30 am


Saturday, December 11, 2010

RenunGan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tensiooooonnnnnn....

Assalamualaikum..
11/12/2010, Sabtu. Hari ni aku keluar bekerja dalam kul 11.30 pagi. Dalam perancangan nak buat banyak benda tp masuk je opice terus je hilang semua kerja yang di rancang. Kul 3.00 pm aku wat site visit n sambil hantar barang kat kota bharu je. Dalam kepala otak aku, aku plan nak ke kok lanas tp fikir-fikir rasa macam tak sempat je jadi aku tunda la ke hari lain lak.... hadoiyayayay.. Terbengkalai lagi la kerja aku di time cuti ne...

Setel semua kerja kat site ,Aku ke kb mall membeli laptop n kamera digital untuk kegunaan staf dekat site. Hari ni aku rase tension betol sebab kena marah di sebabkan masalah yang terlalu kecil bagi aku. Esok nye pasal aku kena lagi dah lah semua kerja tu aku dah buat. Tak pasal-pasal kena marah lagi. nasib la kau badan .. adoiiii pening..

Malam ni aku dekat opice lagi menyiapkan semua dokumen dan surat-surat untuk di bawak dalam mesyuarat. Harap-harap esok tak de masalah lagi.Ya Allah permudahkan lah kerja aku esok..

Kul 1.30 pagi aku baru sampai umah, Badan terasa amat letih sagat. Kepala pulak pusing-pusing dan jadi blur. Bila la aku leh hidup selesa tanpa masalah ni ekkk... Mata pulak tak mau tido. Esok pepagi lagi aku mau kerja. Harap-harap aku tak terlewat lagi.. Aku dah tak de idea nak menulis , otak dah jadi beku dengan masalah.ermmmm.......???????

wassalam
n@zri n0h

Friday, December 10, 2010

nothinGGG...???

Assalamualaikum.
10/12/2010, Jumaat. Pagi Jumaat yang damai di kejutkan dengan bunyi telepon berdering-dering. Aku bangun seawal jam 7.30 am di sebabkan ganguan bising dari telefon yang asyik berbunyi.Sepatutnya di hari cuti begini aku hanya merehatkan diri di rumah tp apakan daya dah berjanji dengan kawan-kawan nak menghadiri majlis kahwin Along & Dali. Kul 9.30 pagi aku dah sampai di kota bharu dan siap menunggu kawan-kawan yang lain.Kot terlewat dan takut kawan-kawan menunggu aku tak sempat nak bekpes,lagi pun sakit mulut aku bertambah teruk.Allah je tahu bertapa susahnya aku nak menelan makanan.

Keboringan dan kesunyian aku menerima tag kawan-kawan utk shoot nikah n sanding along &dali hari ni. Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua , semoga perkahwinan yang di bina mendapat berkat dari Nya serta berkekalan hingga ke anak cucu.

Selesai sudah shoot gamba mereka, aku merayau-rayau di kedai buku di sebabkan aku dah lama tak membeli buku. Rasa rindu nak membaca tu datang balik.Aku cuba mencari sesuatu yang manarik untuk di jadikan bahan bacaan. Cari punya cari aku terpandang dengan satu buku yang bertajuk " di mana Dia di hatiku?" adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih,ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redhaNYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Buku ni mengisahkan di mana letaknya kita di sisi ILAHI ?. Tapi apakan daya aku lum sempat nak membacanya lagi. InsyaALLAH di beri kelapangan masa akan aku baca buku ne sampai aku memahami isi kandunganNYA....

" ALLAH itu amat hampir Tapi, kenapa aku masih meminggir?
Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir"

Wassalam..
nazri noh

Thursday, December 9, 2010

Nikmattt.....

Assalamualaikum...
9/12/2010, Khamis. Permulaan hari yang baik,tenang,sejuk dan sunyi. Semalam aku tido lewat dan bangun seawal kul 4.00 pagi. Dalam sejarah aku bangun solat subuh awal dan tak tido-tido sampai pagi. Kebiasaannya aku bangun solat subuh pah tu tido balik dan bangun tok pergi kerja.Hari ni kul 7.30 am aku dah terpacak depan opice. Semua staf lum sampai agi tp aku dah ready nak wat kerja. Alhamdullilah kerja dah setel ,jadi tak banyak la kerja yang nak di buat jadi leh la mengelamun wat sementara.

Khamis jadual kerja sampai kul 3.30 pm je. Aku terus balik kerana nak menyambung kerja part time aku,. Sudah menjadi kebiasaan , petang khamis lah tempat paling sibuk. Banyak kerja yang nak di lakukan dalam masa yang teramat singkat. Satu persatu aku selesaikan kerja-kerja rutin yang perlu di lakukan hari ni. Kul 8.00 pm baru lah aku sampai di rumah. Tubuh terasa letih yang teramat sangat tp aku gagahkan jugak ke majlis tahlil sahabat aku yang juga jiran sebelah rumah.Tubuh terasa amat letih, nak tido tp mata lak lum mau tido lagi... adoiiiiiiiii....!!!!. Nak keluar terasa malas, so lepak dalam bilik sambil -sambil mentelaah buku.

Dah dua hari aku kurang selera makan, nak makan mulut terasa sakit. Kite patut bersyukur dengan ape yang Allah bagi nikmat kepada kite. Baru sikit je dia tarik nikmat kite dah tak dapat makan. Time kite sihat ne lah kite mesti selalu mengingatinya. Jangan dah sakit baru lah kite mencarinya. Sesungguhnya dia berkuasa keatas mahkluk ciptaan Nya. Kite wajib bersyukur dengan ape yang di kurniakan kepada kite walaupun apa yang di berikannya bukan kehendak kite.

Dan seteruk-teruk sakit ialah sakit yang tak nampak di lihat dengan mata kasar atau pun dengan teknologi canggih ciptaan manusia. Andai di xray skalipun masih lum kelihatan kesan kesakitan itu. Hanya Allah je yang mengetahui setiap kejadian nya. Dia Yang menjadikan kite sihat dan sakit. Kite wajib bersyukur dengan ape yang di berinya.

Ya Allah tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah, Sedangkan tanah yang gersang sahaja apabila Engkau kehendaki dapat menjadi subur ( Hadis Riwayat Ibnus Sunni)

wassalam..
nazri noh 11.32 mlm

Wednesday, December 8, 2010

Letihhhhhhhhh....

Assalamualaikum wbt..
8/11/2010,Rabu. Kul 3.3o pagi baru aku terlelap, entah kenapa susah sangat semalam nak pejamkan mata. Telah aku cuba sedaya upaya tapi tak tido-tido gak. Time aku memerlukannya dia lak yang mengantuk.Tapi time aku perlu bangun awal pagi dia lak tak mau tido-tido. Nasib Kau la badan. Bangun pagi terasa amat berat dengan kepala yang berpusing-pusing di tambah mata yang mintak di rehatkan lagi. Huh lega aku sempat sampai ke pejabat tepat kul 8.00 am . Alhamdulillah masih belum kelewatan lagi.Hari ne tak sempat nak bekpes pagi , jd kena la tunggu kul 10.00 am baru lah leh makan pagi.. Punya la perut menyanyikan lagu-lagu sedey. Adoiiiiii... nasib la badan terlewat bangun. Dalam kepala pusing-pusing aku berjaya selesai gak semua kerja yang tertangguh selama ini, yang menyebabkan kepala aku berserabut. Alhamdulillah dengan pertolonganNya akhirnya semua kerja aku dapat di selesaikan dengan baik. TQ kawan-kawan yang sudi membantu.Esok leh la aku kerja dengan tenang ,tak lah menyerabutkan lagi.. Alhamdulillah...Syukur kepada mu YA ALLAH.

Di sebabkan terlalu letih bercampur kepala berputar, sampai je di rumah aku terus di ulit mimpi wat sementara waktu.. Sedar-sedar dah dekat kul 7.00 pm.

Malam ne bekerja lagi nak siapkan lukisan dan mengemaskini semua dokumen-dokumen untuk projek usm. Kalau tak terkantoi lagi time meeting terdekat ne. Jadi tak mau kena marah terpaksa lah aku bekerja sampai larut malam sambil di temani kepala yang berputar-putar. Harap- harap esok dah baik dan tak menganggu pekerjaan esok hari.. Sambil-sambil membuat kerja aku cuba cari pengertian iman yang sebenar. Iman pada bahasa bermaksud mengiktiraf, mengakui dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakannya Manakala dari segi istilah bermaksud membenarkan dengan hati ,mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota. Suatu hari nanti akan aku hurai sikit demi sikit mengenai iman ni. Sebab iman ne ade banyak maksud. Jadi aku perlu cari satu persatu. InsyaALLAH akan aku jumpa pengertian iman yang sebenar. Iman pun punya kemanisannya sendiri, dari segi maksud kemanisan iman ni ialah kite berasa gembira dalam melakukan ibadat, sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredhaan Allah dan rasulnya serta mengutamakan Allah dan rasulnya lebih daripada harta benda dunia. cukup senang kite nak mengakui yang kite beriman tp hakikatnya kite belum punya iman yang sempurna. InsyaAllah akan aku usaha untuk mengerti iman yang sebenar...
wassalam..
nazri

Tuesday, December 7, 2010

Tahun barU hijRah bermula.

Assalamualaikum...
7/12/2010,Selasa. Hari ni telah masuk tahun baru hijrah bersamaan 1 muharam 1432 H.Selesai sembahyang subuh aku terus tido balik. SeDar-sedar jam dah kul 11.30 pagi.Hari ne hari cuti aku dapat tido dan rehat sepuas-puasnya. Entah kenapa tiba-tiba hari ni aku rasa macam sunyi dan kosong je. Otak ku jadi lembab dan hilang arah. Semalam aku dah rancang aktiviti yang nak di buat hari ni tapi tetiba je aku jadi blur.Telefon aku dari pagi sampai ke tengah hari asyik berbunyi je. Nape lah hari ni aku jadi malas yang teramat cagat..

Kul 1.30 pm aku paksakan diri keluar tok selesaikan beberapa perkara yang terpaksa di selesaikan hari ne gak. Alhamdullilah syukur kepadanya aku dapat setel satu persatu.Di sebabkan nak hantar esok pagi aku terpaksa bersekang mata samapi kul 12.00 malam di opice menyiapkan work program dan cpm. Kepala aku lak sekejap ok sekejap pusing. Jenuh menahan pusing sebab nak siapkan jugak. Kalau tak kena marah lagi la jawab nye.Pe2 pun aku dapat siapkan jugak. Harap-harap dah tak de masalah lagi pas ne.

Esok pekerjaan seperti biasa tp mata lak tak mau tido skang. Nampak nye lewat lagi la esok masuk kerja. Adoi sampai bile aku nak jadi macam ni. YA ALLAH engkau berikan lah aku kekuatan agar aku dapat meneruskan hari-hari yang mendatang. Amin..

adoiiiiii.. pening-pening!!!!!!!!

wassalam....
nazri......

Monday, December 6, 2010

salam maal Hijrah..

Assalamualaikum..
6/12/2010,Isnin. Alhamdulillah sekali lagi kite akan melangkah ke tahun baru maal hijrah 1432 h. Syukur kite masih di beri kesempatan merasai nikmat tahun baru. Hari ni cuaca agak baik di selang seli dengan cuaca panas.Aku bekerja seperti biasa tetapi hari ini agak sibuk sedikit berbanding hari-hari sebelum nye. Banyak fail yang perlu di bereskan sebelumbermula tahun baru masihi. Masih tinggal satu lagi meeting sebelum berganjak ke tahun 2011. Aku terpaksa bekerja keras untuk menyelesaikan semua fail-fail sebelum tarikh meeting berlansung.Creadit kepada dak-dak praktikal yang sanggup membantu aku menyiapkan fail-fail tertangguh. Jasa mu akan aku kenang sampai bile-bile. Hanya ALLAH saje mampu membalasnya,

Hari ni meme cukup sibuk sampai tak sempat nak makan, semua kerja terpaksa di siapkan sebelum aku bercuti..Harap-harap tahun baru ne bermula la cara kerja yang baru. Sebahagian kerja -kerja dah di bereskan dan dah di update.Cuma tinggal sebahagian je lagi yang belum di proses. Malam ne aku terlibat dengan program sambutan maal hijrah @ balai islam lundang bersama-sama Sultan Muhammad V. Balik je kerja aku siapkan baju melayu n sapin tok dipakai malam ne. Perasaan malas membuak-buak, apakan daya arahan pejabat terpaksa lah join gak.

Kul 7.30 aku gerak dari rumah ke balai islam, sampai je di sana orang masih lum memenuhi dewan lagi.Sambil menunggu staf lain yang belum sampai sempat jugak aku ronda-ronda melihat permandangan malam di balai islam.Majlis bermula agak lewat, menunggu ketibaan Sultan Muhammad ke V.Dewan penuh dengan lautan manusia menanti majlis bermula.Kul 9.45 pm majlis di mulai dengan ucapan pembukaan.Aku tertarik dengan ucapan yang di sampaikan. Kite makhluk Allah yang mewah dengan nikmat-nikmat Allah. Kite sepatut nya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenali tuan punya islam. Kite sepatutnya bersyukur kerana di pilih menjadi seorang islam, hidup sebagai islam dan hidup dalam islam.Sungguh besar nikmat yang di kurnikan kepada kite. Kite seharusnya bersyukur dengan kurnian nikmat yang melimpah ruah. Tp apakan daya kite masih lagi lalai dengan nikmat-nikmat dunia. Cuba kite bayangkan andainye nikmat-nikmat ini di tarik balik ?. Sudah tentu hidup kite tidak akan sempurna.

Pengertian hijrah sungguh luas, hijrah yang afdal ialah hijrah meninggalkan apa-apa yang di larang dan melakukan apa-apa yang di suruh. Dalam zaman moden ini banyak benda yang boleh kite hijrah iaitu hizrah pegangan dan sikap. Kite jugak boleh berhizrah dari malas kepada rajin dan sebagainya. Ni antara intipati perutusan yang di sampaikan semperna sambutan maal hijrah pada tahun ni.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH. SALAM MAAL HIJRAH.

wassalam.
nazri 10

Sunday, December 5, 2010

Segala-seGaLaNya..

Assalamualaikum..
5/12/2010,Ahad. Pagi yang ceria di temani hujan renyai-renyai dengan suasana sejuk menyebabkan sejuk sampai ke sum-sum tulang.Hari pertama pekerjaan setelah dua hari merehatkan diri membangkitkan semangat yang cukup luar biasa. Perasaan malas telan hilang dek rehat yang cukup.Alhamdulillah hari ne aku masih di beri kesihatan yang baik.Lega rasanye demam semalam tak melarat ke hari nie.Leh ler aku sambung kerja balik cam biasa. Cuti tahunan aku pun masih berbaki 4 hari tok simpan time exam nanti,heheheh.Harap-harap berkat usaha aku leh lulus ngan jaya nyer.

Hari ne aku menghadiri seminar pemantapan osc,ccc dan osc online di new pasific hotel.Tak byk ilmu yang aku dapat,cuma jadi pendengar setia je.Banyak lagi yang perlu aku pelajari mengenai sistem ni. InsyAALLAH sikit demi sikit akan aku belajar sampai lah aku memahami selok belok OSC ne. Mungkin tahun depan akan ada sedikit perubahan demi perubahan.Harap-harap anjakan paradigma ne membantu aku menyelesaikan tugasan-tugasan yang bermasalah.

Hari ne terasa masa bergerak pantas,jam di tangan dah kul 4.30 pm. Masa untuk pulang dah hampir tiba.Semua orang dah bersiap sedia tok balik,aku kemaskan meja dulu sebelum balik.

Malam ni tak de pe2 aktiviti, sementara mata mengantuk aku baca satu buku dan tertarik dengan hadis yang boleh aku kongsi : " Daripada Jundub r.a berkata ,telah bersabda Rasulullah SAW, sesiapa yang membaca Yaasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampumkan dosanya "(HR Malik,Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban) dan satu lagi hadis bererti ; " Rasulullah SAW bersabda : Surah Yaasiin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan" Al-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan tuannya (pembacanya) dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan." ( HR Said bin Mansur dan Al-Baihaqi dari Hasan bin Asiah).Kedua-dua hadis ne mengenai fadilat membaca surah Yaasiin.Ne antara banyak-banyak kelebihan surah Yaasin yang leh kite amik pengajarannya. Mari lah same-same kite menggamalkan membaca surah Yaasiin. Sesungguhnya inilah kelebihan membaca surah Yaasiin. InsyALLAh sama-same kite amalkan. Mata pun dah mula rase ngantuk.Esok pekerjaan kembali lagi, Ibadah mesti di teruskan.selamat malam.... semua.

wassalam.
nazri noh




Saturday, December 4, 2010

TerLalu panTAS..



ASSALAMUALAIKUM....
4/12/2010,Sabtu. Tanpa di sedari masa berlalu terlalu pantas. Sedar-sedar dah hari sabtu. Esok bermula lah rutin harian aku sebagai pekerja.Dua hari terperap di rumah terasa malas nak sambung kerja balik. Tapi apakan daya dah menjadi tanggunjawab aku sekarang berkhidmat untuk masyarakat.

Hari ni dari pagi sampai ke tengahari,aku berkurung dalam bilik je. Tambahan pulak musim hujan ne dengan suhu yang sejuk membuatkan mata senang terlena. Hah sedar-sedar dah waktu zohor. Hari ne badan rase semacam je, terase letih dan sakit-sakit.Ahhhhhhh.... demam jangan la engkau menyerang aku di saat ne. Aku perlukan badan yang sihat. Masih banyak kerja yang perlu aku bereskan..

Nasib baik aku masih ingat yang hari ni aku terpaksa menghadiri kenduri kawen sahabat baik aku. Kul 2.30 aku kuatkan diri untuk pergi ke majlis tu bersama-sama sahabat aku yang lain. Syukur aku tak terlupa lagi.Kalau tak mesti die terasa hati yang aku dah janji nak hadir majlis nya.

Aku tertarik dengan satu petikan dari blog yang aku baca mengenai ketenangan.Ketenangan adalah penentu kesetabilan tentang bagaimana kita menghadapi hidup ini, justeru perlu diberikan perhatian paling wajar tentangnya. Ia menjadi penentu saat kita berangkat pergi menemui Allah di hari kematian kita. Hati ini jugalah yang kita pertaruhkan nasib buat keselamatan di negeri abadi seperti firman Allah dalam surah as-Syu’ara’, يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89) “Hari mana (akhirat) tidak berguna harta dan anak pinak melainkan mereka yang mendatangi Allah dengan hati yang sejahtera.” Kita dapati bahawa hidup, mati dan hari pembalasan berlegar dalam satu perkara:
Semuanya soal hati !

Ahhhhhhh.. susah nye nak tido nga keadaan cam ne. badan terasa sakit, hidung selsema dan kepala lak sakit berdenyut-denyut.Dah makan macam-macam ubat tp lum baik lagi.. Demam jangan lah engkau melarat lama-lama. YA ALLAH engkau sembuh la demam aku ne. sesungguh nye Engkau lah ubat yang palin mujarab amin..
jumpe lagi insyaALLAH.

Wassalam
nazri noh....

Friday, December 3, 2010

keINsafan di pagi JuMaat yang Damai


Assalamualaikum..
3/12/2010,Jumaat. Kul 6.00 am aku di kejutkan dengan ketukkan pintu rumah.Azan subuh sudah berkumandang.Aku gagahi bangun menunaikan kewajipan ku mengadap ilahi.Mak aku memberi tahu sahabat sebelah rumah ku telah kembali ke rahmatulLAH sekejap tadi. Tetiba sayu hati bile mendengar perkabaran sedeh tu. Dengan tidak sewenang-wenang nye perasaan insaf hadir dalam diriku. Sungguh kerdil kite di sisi nye, nescaya tuhan lebih sayangkan die. Sekarang giliran nya ,giliran kite entah bile?. Mungkin esok atau mungkin lusa yang pasti setiap yang bernyawa pasti akan menemuiNYA jua.Namun aku masih leka dengan nikmat dunia yang fana tanpa memikirkan bekalan untuk ukrawi.Sedangkan amalan di dunialah akan menjadi bekalan untuk akhirat kelak.Ya ALLAh Kau tunjukkan lah jalan-jalan yang lurus agar ia menjadi pedoman dan bekalan untuk hari esok. Ya ALLAH Engkau tempatkan lah sahabat aku di kalangan orang-orang yang beriman. AMin

Pepagi lagi aku menghadiri kuliah untuk menhadapi exam tidak lama lagi. Dalam kepala ku sedikit pun tidak ade jawapan-jawapan untuk di jawab dalam exam. Nafsu malas mengatasi segala-galanya.Tidak sedikit pun buku-buku atau nota-nota aku sentuh.Ahhhhhhhhhhh.... tidak aku mahu LULUS.. Mulai dari sekarang aku terpaksa merajinkan diri mentelaah buku-buku. Harap-harap exam nanti aku leh jawab dengan jayanya InsyaALLAH.

Petang tadi aku keluar sekejap menemui kawan-kawan sambil menhilangkan keboringan yang melanda sekian lama. Alhamdulillah sambil outing sambil dapat ilmu. Terima kasih kawan-kawan jasa kalian semua hanya ALLAH yang mampu membalasnya.Amin..

wassalam
nazri noh
2010

Thursday, December 2, 2010

keSeMpurNaan..

Assalamualaikum..
2/12/2010,Khamis.Masih seperti semalam,hujan yang sekejap lebat sekejap reda. Udara dingin menyebabkan badan sejuk sampai ke sum-sum tulang.Musim tengkujuh sudah bermula banyak aktiviti tak dapat nak dilakukan.Terpaksalah berkurung di rumah melayan perasaan huru hara. Hari ne aku bekerja seorang diri je di bahagian aku oleh sebab rakan sekerja pergi berkursus.Terpaksa lah aku bekejar kesana ke sini nak menyiapkan semua tugasan aku.Banyak benda terpaksa aku lakukan, nak melayan pelanggan lagi,nak menjawab telepon lagi dan nak buat kerja-kerja yang tertangguh lagi.Terpaksa lah aku menahan lapar semata-mata nak memuaskan hati pelanggan. Tak pe lah sekurang-kurangnya pelanggan pulang dengan hati riang.Hari ni cukup banyak kerja yang nak di buat sampai tak sedar yang jam dah kul 3.30 pm. Waktu pulang ke rumah dah sampai, aku siapkan kerja-kerja mengemas lu sebelum pulang. Huh hari ni masih lagi lum sempurna.Banyak benda belum aku buat. Aku masih lagi mencari satu kesempurnaan dalam diri aku.Agar kesempurnaan itu membawa aku ke jalan yang diredhai.

Sempurna sediri bermaksud itqan. Itqan ini berkait rapat kepada aspek ketauhidan kepada Allah SWT. Kite akan merasa sempurna apabila kite berusaha untuk memenuhi segenap aspek kehidupannya di dunia ini sebagai ibadah kepada ALLAH S.W.T semata-mata.Dek kesibukkan mengejar nikmat dunia, kite lalai dalam mengejar kesempurnaan. Andainya kesempurnaan itu tiada dalam diri kite nescaya azablah yang akan kite tanggun. Nauzubillah.. InsyaALLAH akan aku cari sedikit demi sedikit kesempurnaan itu agar kehidupan dunia dan akhirat di berkati.Amin.

wassalam.
nazri noh

Wednesday, December 1, 2010

sunyi SEPI..

Assalamualaikum...
1/12/2010, Rabu.Alhamdullilah masih di beri kesempatan melangkah ke bulan disember.Cuaca kurang baik dari pagi sampai petang dan sekarang masih lagi hujan. Sekejap hujan sekejap berhenti, mungkin sekarang musim terkujuh sudah bermula.Aku ke pejabat dengan bermotor je sambil meredah dalam hujan renyai-renyai.Di sebabkan rumah aku dekat je dengan pejabat tak lah basah kuyup pakaian aku. .Hujan yang lebat membuatkan suasana menjadi sunyi sepi.Perjalanan kerja pun menjadi slow dan boring.Mungkin dah penghujung tahun dah dan nak melangkah ke tahun baru semua aktiviti menjadi pelahan.Kemalasan pun makin melampau-lampau dan menjadi-jadi.Puas aku mencari-cari satu arah yang lurus dan menuju ke sesutu yang penghujung.Hari ni tak banyak kerja yang aku buat hanya omong-omong kosong je.Dari pagi hingga ke petang asyik melayan kerenah pelanggan sahaja. Banyak yang aku pelajari dari resam dan ragam manusia. Macam-macam kerenah yang dapat aku lihat.Ade time aku kena marah kat pelanggan.Ape2 hal pun aku kena sabar dan hepy. Semoga ALLAH memberi kesabaran yang tinggi untuk aku..

Hari ni tak banyak kerja sangat yang perlu aku buat,leh la aku rilek-rilek sket. Bos pun senyum je memanjang. heheheh...Aku tertarik dengan sepotong hadis yang aku baca dalam buku yang berbunyi ; Rasulullah s.a.w bersabda," Sesungguhnya ALLAH sentiasa memberi rahmat dan malaikat-NYA serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai." (Abu Umamah) Beruntungkan kalau orang sudi mengajar sesuatu benda yang baik kepada kite kan. Ikan dan semut pun sanggup berdoa kepada orang yang sudi berkongsi. Alangkah bagus lau ade orang-orang cam ne.Tp zaman sekarang susah nak dapat orang yang sudi ajar benda-benda baik ne.Konon-kononnya lau ajar akan merugikan. Huh nauzubiLLAh la ye..

Akhir-akhir ne rase sunyi je. Badan pun semakin hari semakin letih je.. Entah nape la cam ne arrr.. Mungkin banyak sangat kot memikirkan hal-hal keje. Patut pun perkataan sunyi mengikut kamus dewan pun bermaksud tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi.
Apabila sunyi jiwa kite pun menjadi tak keruan dan kacau bilau. HAdoiiiiiiiiii.....

Mata pun dah mula ngantuk, esok mesti di teruskan lagi ibadah kite. Tido yang tidak mencukupi leh mendatangkan kelewatan. Harap-harap masih ade hari esok.. Babai lewat.
Selamat malam semua..
wassalam
nazri 2010

Tuesday, November 30, 2010

Surammm....

Assalamualaikum..
30/11/2010, Selasa. Cepatnya masa berlalu,sedar-sedar dah penghujung bulan november.Tanpa aku sedari esok dah berganjak ke bulan disember,Ohhhh cepatnya masa bergerak tanpa menoleh kebelakang lagi. Masih ade sebulan lagi kite akan melangkah ke tahun 2011.Tahun 2010 akan aku tinggalkan dengan mimpi-mimpi buruk.Yang pastinya, adakah amalan aku untuk bekalan hari esok sudah cukup dan di terimanya?.Hanya dia YANG MAHA berkuasa saje tahu menilainya.Kite takkan tahu kite dapat merasai atau tidak nikmat tahun baru nanti. Moga-moga di panjangkan umur dan di terima amalan ku.InsyaALLAH.

Hari ini aku kelewatan lagi,Otak berputar ligat mencari seribu alasan. Harap-harap alasan aku diterimanya.Seperti biasa rutin aku menyemak dan mengemaskini fail. Alhamdullialah semuanya telah selesai tinggal je lagi yang belum di update. InsyaALLAH semua kerja tertunggak dapat di selesaikan sebelum masuk tahun baru.Aku merasakan hari-hari yang mendatang begitu asing umpama dunia yang dalam kegelapan.Sudah pasti kite dalam keadaan meraba-raba mencari arah yang bercahaya. Cahaya umpama lilin yang mampu menerangi walaupun ianya terlalu terhad untuk menerangi.Sekurang-kurangnya cahaya itu leh menjadi penyuluh wat sementara.Hidup ini akan suram seandainya jiwa kite menjadi kosong.Allah ciptakan utara,selatan, barat dan timur sebagai panduan untuk kite menuju ke sesuatu tempat. Begitu juga kite manusia, tanpa arah kite akan di awan-awangan.

Aku cuba mencari pengertian iman yang sebenar dan adakah kite sudah beriman? InsyaALLAh akan aku rungkai satu persatu ape yang bermain di benak fikiran ku.

Kul 5.00 pm aku kemaskan meja dan bersedia untuk pulang. Mungkin hari ini tidak sebaik esok dan esok belum tentu baik untuk kite dan kite mencari sesuatu yang baik.
wassalam
nazri noh

Monday, November 29, 2010

Maher Zain - Insha Allah | Insya Allah | ماهر زين - إن شاء الله

kehidupan..


assalamualaikum...
29/11/2010, Isnin.Permulaan pagi yang baik di iringi hujan renyai-renyai.Musim cuti sekolah sudah bermula, jalan raya tidak lagi sibuk dengan kanak-kanak ke sekolah. Alhamdulillah walaupun lewat bangkit aku masih lagi sampai sebelum kul 8.00. Aku bersarapan dulu sebelum memulakan tugas. Aku menyediakan persiapan terakhir sebelum meeting bermula. Alhamdullilah semua nya berjalan dengan lancar. Mesyuarat bermula kul 11.00 dan berakhir kul 12.30.Syukur kepada mu Ya ALLAH Engkau permudahkan urusan ku hari ini. Selesai sudah mesyuarat untuk kali ini dengan lancar tanpa sebarang masalah.Entah kenapa tiba-tiba hari ini aku rasa macam kosong je tanpa ade sebarang benda pun dalam otak aku.Pukul 2 aku sambung balik kerja seperti biasa tapi satu kerja pun aku tak buat.Fikiran ku entah kemana melayang.Yang pasti nya aku tengok je teman sekerja menyambung tugasan masing-masing.

Petang dengan cuaca panas , angin bertiup sempoi-sempoi bahasa, aku pulang tepat kul 5.oo pm. Selesai menunaikan kewajipan aku merebahkan diri merehatkan minda sementara menunggu hari bertukar senja. Kepala aku lak berpusing-pusing kesakitan. Oleh kerana terlalu sakit entah bile aku tertido.Bunyi azan maghrib mengejutkan aku dari tido.Sakitnya yang belum hilang membuatkan aku malas bangkit.Apakan daya kewajipan mesti di tunaikan. Masa tidak akan menunggu kite sebaliknya kite yang mengejar masa.Waktu malam yang sunyi menambahkan lagi keboringan aku. Rasa malas cukup menebal membuatkan aku malas beronline. YA ALLAH tunjukkan lah jalan kepada hamba mu yang dalam keadaan buntu ini..Amin..
wassalam
nazri2010

Sunday, November 28, 2010

Hujan I Mendung



Assalamualaikum..
28/11/2010, Ahad. Hujan belum reda sejak dari semalam lagi.Suhu sejuk membuatkan nafsu malas berlawanan dengan kewajipan. Dalam malas aku gagahi menyiapkan diri tok pergi bekerja.Alhamdulillah seperti biasa aku sampai 5 minit sebelum kul 8.00.Sebelum memulakan tugas aku bersarapan dulu untuk menambahkan tenaga dengan sepinggan nasi lemak dan segelas teh o panas.Aku mulakan kerja-kerja yang tertangguh dan menyiapkan semua tugasan untuk di bawa dalam mesyuarat esok hari.Alhamdulillah semuanya siap sempurna dan tunggu untuk di bawa dalam mesyuarat sok je. Harap-harap mesyuarat esok berjalan dengan lancar tanpa ade masalah. InsyaALLAh..

Petang yang mendung membuatkan udara menjadi nyaman.Tanpa aku sedari jam dah kul 4.00 pm.Tidak terasa masa itu berlalu dengan pantas,sedar-sedar dah lewat petang..Sesungguhnya manusia leka dengan masa. Aku menyiapkan kerja-kerja akhir untuk esok. Tak dapat nak di gambarkan akan kebesaranNYA.Dia ciptakan sesuatu itu mesti ade tujuaannya. DIA jadikan kite berbagai musim,ade musim hujan,panas dan mendung. Setiap sesutu ciptaaNYA mesti ade fungsinya. Hanya dia yang MAHA mengetahui.Kehidupan kite umpama roda,kadang-kadang di atas kadang-kadang dibawah. Masa di atas kite mendapat sanjungan setinggi-tinggi sanjungan tetapi ape bila di bawah kite di biarkan tanpa arah. Iutlah asam garam kehidupan.Aku pohon kepada MU YA ALLAH KAU permudahkanlah perjalanan hidup ku, agar di berkati dunia dan akhirat.. amin.

Senja meniti malam, ayam pulang ke reban dan manusia pulang kerumah. Time yang terluang ini aku gunakan sebaik mungkin.Aku selesaikan segala urusan-urusan NYA agar tak tertangguh lagi. Esok belum tentu lagi kite dapat seperti hari ini..Hari ini mesti bekal untuk hari esok..Moga-moga di panjangkan lagi usia agar dapat mencari bekalan untuk esok. InsyaALLAH.. selamat beristirehat.. esok jumpe lagi.

wassalam.
nazri noh

Friday, November 26, 2010

keborINGAN..


Assalamualaikum..
27/11/2010,Sabtu. Hujan turun tanpa henti-henti. Cuaca sejuk membuatkan badan menjadi malas, mata menjadi lesu.Apa nak buat ne? Tdo sudah, makan pun sudah.Ermmmmm.. tdo lagi la jawabnyer. Hujan dah start byk benda tertangguh lagi.Bile la leh selesai semua kerja-kerja yang tertangguh tu. Harap-harap semua nya tak de masalah dah dapat selesai dengan sempurna.

Kemalasan untuk keluar berkobar-kobar. Tapi apakan daya terpaksa gak di selesaikan,kalau tidak tak abis-abis la kerja tertungak tu. Dalam hujan yang tak berhenti-henti, aku keluar menghabiskan kerja-kerja tu. Alhamdulillah selesai gak walaupun sedikit. Mudah-mudahan aku dapat selesai kesemuanya.

Perasaan boring menghantui diri,tiada ape yang leh aku lakaukan.Bilik la menjadi peneman setia.Esok bermula la rutin ku sebagai pekerja. Perasaan malas tetap memenuhi benak fikiran ku. Apakan daya dah jadi tanggunjawab aku. Dalam islam pun menjadi tuntutan kerana bekerja ne salah satu dari ibadah.Aku siapkan pe yang patut ,kot-kot esok terlewat lagi. Harap-harap tak jadi cam sebelum ne.Hari ini kepala ku berputar-putar lagi.Dah abis cara aku buat.Tak jugak sembuh-sembuh.YA ALLAH Engkau berilah aku kesihatan yang berpanjangan.

Aku akan cuba untuk tido awal hari ni, arap-arap berjaya.Kalau tak terbabas lagi la esok hari. selamat malam semuaa...

wassalam
nazri noh

KEINSAFAN..


sAlAm..
26/11/2010, Jumaat. Hari segala penghulu hari. Hari ne la kebiasaannya aku menyelesaikan semua urusan peribadi. Di sebabkan hari bekerja aku tak sempat nak mendobi,aku gunakan hari cuti hujung minggu menyelesaikan berbakul-bakul pakaian yang di kumpul selama senminggu.Jumaat yang hening dengan cuaca yang redup,nyaman,sejuk membuatkan mata bertambah layu.Kesempatan ini lah aku gunakan sebaik mungkin merehatkan minda yang berputar-putar.Lantas jiwa menjadi kosong wat sementara.Perut ku menjerit-jerit mintak di isi agar semua angota ku leh berfungsi nga baik.Sebungkus nasi dan segelas teh o menjadi santapannye wat sementara.

Hari ni aku ke kota bharu menghadiri kursus cidb. Sementara menunggu kul 2.30, aku memnunaikan solat jumaat di masjid muhammadi. Aku tertarik dengan khutbah yang di bacakan oleh iman tadi. Khutbah nye bertajuk kematian.Tiba-tiba rasa insaf hadir dalam diri aku.Petikan yang di baca oleh iman tadi membuatkan aku berfikir sejenak. Ya, kesibukan mencari keseronakan dan kelazatan dunia membuatkan kite lalai mengingati akan saat kematian.Dek terkejar-kejar dengan pembangunan kerja manusia seolah-olah lupa akan saat-saat kematian. Baru aku terpikir adakah aku sekarang sudah bersedia menhadapi kematian?. Nescaya aku masih lagi dalam keadaan terumbang ambing.Banyak lagi yang perlu aku pelajari, banyak lagi yang perlu aku perbetulkan.YA ALLAH sesungguhnya aku leka dengan nikmat dunia semata-mata tanpa memikirkan bekalan untuk di akhirat kelak.YA ALLAH aku memerlukan kekuatan untuk bangkit melengkapi diri aku yang daif dan serba kekurangan ini.InsyaALLAH akan ku turut segala suruhan MU .Hanya kepada MU tempat aku sembah.

Petang yang damai aku isi dengan aktiviti melepak di dalam bilik sambil-sambil melayan rancang tv sementara menunggu waktu magrib tiba. Keboringan melanda tapi apakan daya aku tak punya kudrat nak beraktiviti.

wassalam
nazri noh
2010

Thursday, November 25, 2010

SINarrrrr.....


salam..
25/11/2010,Khamis.Sinar mentari muncul lagi. Alhamdullilah Syukur kehadratnya di beri nikmat merasai keheningan pagi yang damai.Hari ni aku teralpa dan terasyik dengan mimpi-mimpi mainan tdo.Aku tersedar dari lamunan rupa-rupa nya jam menunjukkan kul 8.30 pagi.AstagfiruLLAH rupa-rupanya aku dah terlewat menunaikan ibadah ku untok hari ni. Walaupun lewat aku gagahkan jugak menyiapkan diri seperti biasa.Nasib baik ade rakan kerja yang baik hati mengisi borang cuti untuk aku.Dia jugak lah yang dapatkan tandatangan pegawaiku dan hantar ke unit pentadbiran. Mekaseh tak terhingga jasa baik mu hanya ALLAH yang mampu membalas.

Masa yang ade aku habiskan berkurung je dalam bilik melayan-layan mencari titik arah tuju.Huh keboringan yang teramat-amat muncul.Otak ku berputar-putar mencari idea. Jawapan nye masih buntu. Ubat paling mujarab ialah tdo. Sepagian aku bergolek2 di dalam bilik.Alhamdullilah di sebelah petang ade benda yang aku kena buat. Kul 2.30 pm aku terpaksa menghadiri mesyuarat dekat husm.Dengan otak yang blur aku tawakal mudah-mudahan tak de banyak masalah. Sangkaan aku benar,hanya sebagai pemerhati je. Huh perasaan lega yang teramat sagar bermain di dada.Syukur kepada Mu YA ALLAH.

Aku menanti dengan sabar,mengharapkan sinar akan muncul.Mudah-mudahan sinar itu mampu menerangi seluruh alam. Hari berganti hari, bulan bertukar bulan. Saat bertukar kepada minit,minit bertambah menjadi jam. Tahun semakin meninggalkan kite.Aku masih seperti dulu.Rupa-rupanya aku dah berganjak lagi setahun kehadapan.Ya ALLAH aku memohon kepada mu Ya ALLAH,KAU berilah sinar keimanan ,ENGKAU teguhkahlah iman ku ,ENGKAU kuatkan iman ku.ENGKAU tunjukkan lah jalan nya. AMIN.

Jangkaan aku meleset. igatkan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.Aku mengharapakan hadiah yang penuh bermakna dalam hidup ku tatkala tahun berganjak tahun.Rupa-rupanya tidak.Hanya hujan yang menemani. Syukur kepada MU YA ALLAH aku masih lagi di panjangkan umur di beri merasai nikmat MU yang tak terhingga nilainya.Moga-moga aku di beri nur agar aku tidak leka dengan nikmat dunia yang fana.InsyaALAH akan ku cuba mencari sinar yang kekal abadi.
Wassalam.
nazri noh
2010

Tuesday, November 23, 2010

BeRpUsInG pUsInG..


ASSALAMUALAIKUM..
24/11/2010,Rabu.Alhamdulillah syukur kepadanya deberi nikmat kesihatan yang baik.Aku masih lagi boleh merasi nikmat dunia yang semetara. Cuma aku je masih lalai dengan kewajipan ku kepadanya. Masih banyak yang belum sempurna.Masih banyak yang belum aku lakukan.Yang pastinya iman aku masih longlai tak dapat berdiri teguh seteguh gunung everest . Banyak benda yang perlu aku pelajari. Banyak benda yang perlu aku baiki. InsyaALLAH akan aku cuba sedaya kudrat yang ade meneguhkan lagi iman ku.

Hari ne seperti biasa meneruskan tugasan harian ku seperti hari-hari sebelumnya. Banyak benda yang kena buat di sebabkan de beberapa staf bercuti. Aku keseorangan melayan semua kerenah-kerenah clien. Macam-macam ragam aku jumpe.Kesabaran lah menjadi peneman setia aku. Hari ni kurang sihat sket,kepala aku berpusing-pusing dari pagi lagi sampai ke petang. Sempat gak aku tdo time lunch jap tp terkantoi sampai kul 3. Deringan telefon buat aku tersedar,rupe2nya jam dah kul 3.00pm.Dengan kelam kabut aku masuk ke pejabat . Masa berlalu dengan pantas,jam dah kul 5.00 pm. Masa bekerja sudah tamat.Alhamdulillah semua kerja di permudahkan. Moga-moga hari esok lebih baik dari hari ini. InsyaALLAH...
Wassalam
nazri2010