Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Friday, December 10, 2010

nothinGGG...???

Assalamualaikum.
10/12/2010, Jumaat. Pagi Jumaat yang damai di kejutkan dengan bunyi telepon berdering-dering. Aku bangun seawal jam 7.30 am di sebabkan ganguan bising dari telefon yang asyik berbunyi.Sepatutnya di hari cuti begini aku hanya merehatkan diri di rumah tp apakan daya dah berjanji dengan kawan-kawan nak menghadiri majlis kahwin Along & Dali. Kul 9.30 pagi aku dah sampai di kota bharu dan siap menunggu kawan-kawan yang lain.Kot terlewat dan takut kawan-kawan menunggu aku tak sempat nak bekpes,lagi pun sakit mulut aku bertambah teruk.Allah je tahu bertapa susahnya aku nak menelan makanan.

Keboringan dan kesunyian aku menerima tag kawan-kawan utk shoot nikah n sanding along &dali hari ni. Selamat Pengantin Baru kepada mereka berdua , semoga perkahwinan yang di bina mendapat berkat dari Nya serta berkekalan hingga ke anak cucu.

Selesai sudah shoot gamba mereka, aku merayau-rayau di kedai buku di sebabkan aku dah lama tak membeli buku. Rasa rindu nak membaca tu datang balik.Aku cuba mencari sesuatu yang manarik untuk di jadikan bahan bacaan. Cari punya cari aku terpandang dengan satu buku yang bertajuk " di mana Dia di hatiku?" adalah suara kalbu yang mengungkapkan segala rintih pedih,ratap harap serta suka duka seorang hamba yang sentiasa mengharap redhaNYA. Sesungguhnya ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA. Buku ni mengisahkan di mana letaknya kita di sisi ILAHI ?. Tapi apakan daya aku lum sempat nak membacanya lagi. InsyaALLAH di beri kelapangan masa akan aku baca buku ne sampai aku memahami isi kandunganNYA....

" ALLAH itu amat hampir Tapi, kenapa aku masih meminggir?
Akalku alpa berfikir, hatiku lupa berzikir"

Wassalam..
nazri noh

2 comments:

Unknown said...

nnt nk pinjam bukunya boleh..??

Nazri Noh Photography said...

adu baru perase ado mesej. pinje buku mana tuh