Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Monday, December 6, 2010

salam maal Hijrah..

Assalamualaikum..
6/12/2010,Isnin. Alhamdulillah sekali lagi kite akan melangkah ke tahun baru maal hijrah 1432 h. Syukur kite masih di beri kesempatan merasai nikmat tahun baru. Hari ni cuaca agak baik di selang seli dengan cuaca panas.Aku bekerja seperti biasa tetapi hari ini agak sibuk sedikit berbanding hari-hari sebelum nye. Banyak fail yang perlu di bereskan sebelumbermula tahun baru masihi. Masih tinggal satu lagi meeting sebelum berganjak ke tahun 2011. Aku terpaksa bekerja keras untuk menyelesaikan semua fail-fail sebelum tarikh meeting berlansung.Creadit kepada dak-dak praktikal yang sanggup membantu aku menyiapkan fail-fail tertangguh. Jasa mu akan aku kenang sampai bile-bile. Hanya ALLAH saje mampu membalasnya,

Hari ni meme cukup sibuk sampai tak sempat nak makan, semua kerja terpaksa di siapkan sebelum aku bercuti..Harap-harap tahun baru ne bermula la cara kerja yang baru. Sebahagian kerja -kerja dah di bereskan dan dah di update.Cuma tinggal sebahagian je lagi yang belum di proses. Malam ne aku terlibat dengan program sambutan maal hijrah @ balai islam lundang bersama-sama Sultan Muhammad V. Balik je kerja aku siapkan baju melayu n sapin tok dipakai malam ne. Perasaan malas membuak-buak, apakan daya arahan pejabat terpaksa lah join gak.

Kul 7.30 aku gerak dari rumah ke balai islam, sampai je di sana orang masih lum memenuhi dewan lagi.Sambil menunggu staf lain yang belum sampai sempat jugak aku ronda-ronda melihat permandangan malam di balai islam.Majlis bermula agak lewat, menunggu ketibaan Sultan Muhammad ke V.Dewan penuh dengan lautan manusia menanti majlis bermula.Kul 9.45 pm majlis di mulai dengan ucapan pembukaan.Aku tertarik dengan ucapan yang di sampaikan. Kite makhluk Allah yang mewah dengan nikmat-nikmat Allah. Kite sepatut nya sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk mengenali tuan punya islam. Kite sepatutnya bersyukur kerana di pilih menjadi seorang islam, hidup sebagai islam dan hidup dalam islam.Sungguh besar nikmat yang di kurnikan kepada kite. Kite seharusnya bersyukur dengan kurnian nikmat yang melimpah ruah. Tp apakan daya kite masih lagi lalai dengan nikmat-nikmat dunia. Cuba kite bayangkan andainye nikmat-nikmat ini di tarik balik ?. Sudah tentu hidup kite tidak akan sempurna.

Pengertian hijrah sungguh luas, hijrah yang afdal ialah hijrah meninggalkan apa-apa yang di larang dan melakukan apa-apa yang di suruh. Dalam zaman moden ini banyak benda yang boleh kite hijrah iaitu hizrah pegangan dan sikap. Kite jugak boleh berhizrah dari malas kepada rajin dan sebagainya. Ni antara intipati perutusan yang di sampaikan semperna sambutan maal hijrah pada tahun ni.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH. SALAM MAAL HIJRAH.

wassalam.
nazri 10

No comments: