Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Saturday, December 4, 2010

TerLalu panTAS..



ASSALAMUALAIKUM....
4/12/2010,Sabtu. Tanpa di sedari masa berlalu terlalu pantas. Sedar-sedar dah hari sabtu. Esok bermula lah rutin harian aku sebagai pekerja.Dua hari terperap di rumah terasa malas nak sambung kerja balik. Tapi apakan daya dah menjadi tanggunjawab aku sekarang berkhidmat untuk masyarakat.

Hari ni dari pagi sampai ke tengahari,aku berkurung dalam bilik je. Tambahan pulak musim hujan ne dengan suhu yang sejuk membuatkan mata senang terlena. Hah sedar-sedar dah waktu zohor. Hari ne badan rase semacam je, terase letih dan sakit-sakit.Ahhhhhhh.... demam jangan la engkau menyerang aku di saat ne. Aku perlukan badan yang sihat. Masih banyak kerja yang perlu aku bereskan..

Nasib baik aku masih ingat yang hari ni aku terpaksa menghadiri kenduri kawen sahabat baik aku. Kul 2.30 aku kuatkan diri untuk pergi ke majlis tu bersama-sama sahabat aku yang lain. Syukur aku tak terlupa lagi.Kalau tak mesti die terasa hati yang aku dah janji nak hadir majlis nya.

Aku tertarik dengan satu petikan dari blog yang aku baca mengenai ketenangan.Ketenangan adalah penentu kesetabilan tentang bagaimana kita menghadapi hidup ini, justeru perlu diberikan perhatian paling wajar tentangnya. Ia menjadi penentu saat kita berangkat pergi menemui Allah di hari kematian kita. Hati ini jugalah yang kita pertaruhkan nasib buat keselamatan di negeri abadi seperti firman Allah dalam surah as-Syu’ara’, يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89) “Hari mana (akhirat) tidak berguna harta dan anak pinak melainkan mereka yang mendatangi Allah dengan hati yang sejahtera.” Kita dapati bahawa hidup, mati dan hari pembalasan berlegar dalam satu perkara:
Semuanya soal hati !

Ahhhhhhh.. susah nye nak tido nga keadaan cam ne. badan terasa sakit, hidung selsema dan kepala lak sakit berdenyut-denyut.Dah makan macam-macam ubat tp lum baik lagi.. Demam jangan lah engkau melarat lama-lama. YA ALLAH engkau sembuh la demam aku ne. sesungguh nye Engkau lah ubat yang palin mujarab amin..
jumpe lagi insyaALLAH.

Wassalam
nazri noh....

No comments: