Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Wednesday, December 1, 2010

sunyi SEPI..

Assalamualaikum...
1/12/2010, Rabu.Alhamdullilah masih di beri kesempatan melangkah ke bulan disember.Cuaca kurang baik dari pagi sampai petang dan sekarang masih lagi hujan. Sekejap hujan sekejap berhenti, mungkin sekarang musim terkujuh sudah bermula.Aku ke pejabat dengan bermotor je sambil meredah dalam hujan renyai-renyai.Di sebabkan rumah aku dekat je dengan pejabat tak lah basah kuyup pakaian aku. .Hujan yang lebat membuatkan suasana menjadi sunyi sepi.Perjalanan kerja pun menjadi slow dan boring.Mungkin dah penghujung tahun dah dan nak melangkah ke tahun baru semua aktiviti menjadi pelahan.Kemalasan pun makin melampau-lampau dan menjadi-jadi.Puas aku mencari-cari satu arah yang lurus dan menuju ke sesutu yang penghujung.Hari ni tak banyak kerja yang aku buat hanya omong-omong kosong je.Dari pagi hingga ke petang asyik melayan kerenah pelanggan sahaja. Banyak yang aku pelajari dari resam dan ragam manusia. Macam-macam kerenah yang dapat aku lihat.Ade time aku kena marah kat pelanggan.Ape2 hal pun aku kena sabar dan hepy. Semoga ALLAH memberi kesabaran yang tinggi untuk aku..

Hari ni tak banyak kerja sangat yang perlu aku buat,leh la aku rilek-rilek sket. Bos pun senyum je memanjang. heheheh...Aku tertarik dengan sepotong hadis yang aku baca dalam buku yang berbunyi ; Rasulullah s.a.w bersabda," Sesungguhnya ALLAH sentiasa memberi rahmat dan malaikat-NYA serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai." (Abu Umamah) Beruntungkan kalau orang sudi mengajar sesuatu benda yang baik kepada kite kan. Ikan dan semut pun sanggup berdoa kepada orang yang sudi berkongsi. Alangkah bagus lau ade orang-orang cam ne.Tp zaman sekarang susah nak dapat orang yang sudi ajar benda-benda baik ne.Konon-kononnya lau ajar akan merugikan. Huh nauzubiLLAh la ye..

Akhir-akhir ne rase sunyi je. Badan pun semakin hari semakin letih je.. Entah nape la cam ne arrr.. Mungkin banyak sangat kot memikirkan hal-hal keje. Patut pun perkataan sunyi mengikut kamus dewan pun bermaksud tidak kedengaran sebarang bunyi (suara), hening, senyap: suasana menjadi ~, masing-masing membisu; ~ senyap sangat sunyi; 2. tidak berorang, kosong, lengang, sepi: dr jauh dilihatnya rumah itu ~ sepi.
Apabila sunyi jiwa kite pun menjadi tak keruan dan kacau bilau. HAdoiiiiiiiiii.....

Mata pun dah mula ngantuk, esok mesti di teruskan lagi ibadah kite. Tido yang tidak mencukupi leh mendatangkan kelewatan. Harap-harap masih ade hari esok.. Babai lewat.
Selamat malam semua..
wassalam
nazri 2010

No comments: