Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Thursday, December 23, 2010

kemana?

Assalamualaikum..
23/12/2010, Khamis. Hari pertama aku bekerja selepas menghabiskan cuti rehat selama tiga hari. Tiga hari berturut-turut aku berhempah pulas berperang dengan exam dan sekarang menunggu keputusannya samada lulus ataupun gagal. Andainya lulus bermulalah proses seterusnya yang memerlukan masa dan kesabaran yang tinggi.Cuti yang panjang menyebabkan kerja-kerja aku di pejabat menjadi bertimbun-timbun.Bersusun-susun fail di atas meja aku yang memerlukan aku menyemaknya. Tetiba perasaan malas bermain di fikiran.Nasib aku baik, lepas ni dah tak ade meeting dan tak perlu segerakan fail yang banyak tu. Leh la aku wat pelahan-lahan.Alhamdulillah

Hari ni tak de pe yang menarik nak aku tulis tapi balik je kerja kena kerja lagi hahaha.. Aku terpaksa bergegas ke kota bharu di sebabkan nak setel semua bil-bil tok minggu ni. Huh lega semuanya sempat aku buat dalam masa 2jam. Alhamdulillah di permudahkan segala urusan aku.

Mulai malam ni dah bermula kelas belajar ukrawi. InsyAALLAH sikit-sikit akan aku pelajari dan perbetolkan ape-apa yang aku tersalah. Rasanya banyak lagi yang belum aku tahu dan banyak lagi yang perlu aku dalami. Supaya amalan aku untuk bekalan disana nanti di terima olehNYA. Kite manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Andainya kite tidak memperbetolkan kesilapan itu, sampai akhirnya kite dengan kesilapan tu.Maka time kite hidup ni lah kite kena belajar dan terus belajar.InsyAALLAH akan aku tambah sikit demi sikit dan akan aku baiki kelemahan itu satu persatu.

wassalam
nazrinoh@6.30am


No comments: