Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Sunday, December 5, 2010

Segala-seGaLaNya..

Assalamualaikum..
5/12/2010,Ahad. Pagi yang ceria di temani hujan renyai-renyai dengan suasana sejuk menyebabkan sejuk sampai ke sum-sum tulang.Hari pertama pekerjaan setelah dua hari merehatkan diri membangkitkan semangat yang cukup luar biasa. Perasaan malas telan hilang dek rehat yang cukup.Alhamdulillah hari ne aku masih di beri kesihatan yang baik.Lega rasanye demam semalam tak melarat ke hari nie.Leh ler aku sambung kerja balik cam biasa. Cuti tahunan aku pun masih berbaki 4 hari tok simpan time exam nanti,heheheh.Harap-harap berkat usaha aku leh lulus ngan jaya nyer.

Hari ne aku menghadiri seminar pemantapan osc,ccc dan osc online di new pasific hotel.Tak byk ilmu yang aku dapat,cuma jadi pendengar setia je.Banyak lagi yang perlu aku pelajari mengenai sistem ni. InsyAALLAH sikit demi sikit akan aku belajar sampai lah aku memahami selok belok OSC ne. Mungkin tahun depan akan ada sedikit perubahan demi perubahan.Harap-harap anjakan paradigma ne membantu aku menyelesaikan tugasan-tugasan yang bermasalah.

Hari ne terasa masa bergerak pantas,jam di tangan dah kul 4.30 pm. Masa untuk pulang dah hampir tiba.Semua orang dah bersiap sedia tok balik,aku kemaskan meja dulu sebelum balik.

Malam ni tak de pe2 aktiviti, sementara mata mengantuk aku baca satu buku dan tertarik dengan hadis yang boleh aku kongsi : " Daripada Jundub r.a berkata ,telah bersabda Rasulullah SAW, sesiapa yang membaca Yaasiin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampumkan dosanya "(HR Malik,Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban) dan satu lagi hadis bererti ; " Rasulullah SAW bersabda : Surah Yaasiin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan" Al-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan tuannya (pembacanya) dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan." ( HR Said bin Mansur dan Al-Baihaqi dari Hasan bin Asiah).Kedua-dua hadis ne mengenai fadilat membaca surah Yaasiin.Ne antara banyak-banyak kelebihan surah Yaasin yang leh kite amik pengajarannya. Mari lah same-same kite menggamalkan membaca surah Yaasiin. Sesungguhnya inilah kelebihan membaca surah Yaasiin. InsyALLAh sama-same kite amalkan. Mata pun dah mula rase ngantuk.Esok pekerjaan kembali lagi, Ibadah mesti di teruskan.selamat malam.... semua.

wassalam.
nazri noh




No comments: