Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Thursday, December 2, 2010

keSeMpurNaan..

Assalamualaikum..
2/12/2010,Khamis.Masih seperti semalam,hujan yang sekejap lebat sekejap reda. Udara dingin menyebabkan badan sejuk sampai ke sum-sum tulang.Musim tengkujuh sudah bermula banyak aktiviti tak dapat nak dilakukan.Terpaksalah berkurung di rumah melayan perasaan huru hara. Hari ne aku bekerja seorang diri je di bahagian aku oleh sebab rakan sekerja pergi berkursus.Terpaksa lah aku bekejar kesana ke sini nak menyiapkan semua tugasan aku.Banyak benda terpaksa aku lakukan, nak melayan pelanggan lagi,nak menjawab telepon lagi dan nak buat kerja-kerja yang tertangguh lagi.Terpaksa lah aku menahan lapar semata-mata nak memuaskan hati pelanggan. Tak pe lah sekurang-kurangnya pelanggan pulang dengan hati riang.Hari ni cukup banyak kerja yang nak di buat sampai tak sedar yang jam dah kul 3.30 pm. Waktu pulang ke rumah dah sampai, aku siapkan kerja-kerja mengemas lu sebelum pulang. Huh hari ni masih lagi lum sempurna.Banyak benda belum aku buat. Aku masih lagi mencari satu kesempurnaan dalam diri aku.Agar kesempurnaan itu membawa aku ke jalan yang diredhai.

Sempurna sediri bermaksud itqan. Itqan ini berkait rapat kepada aspek ketauhidan kepada Allah SWT. Kite akan merasa sempurna apabila kite berusaha untuk memenuhi segenap aspek kehidupannya di dunia ini sebagai ibadah kepada ALLAH S.W.T semata-mata.Dek kesibukkan mengejar nikmat dunia, kite lalai dalam mengejar kesempurnaan. Andainya kesempurnaan itu tiada dalam diri kite nescaya azablah yang akan kite tanggun. Nauzubillah.. InsyaALLAH akan aku cari sedikit demi sedikit kesempurnaan itu agar kehidupan dunia dan akhirat di berkati.Amin.

wassalam.
nazri noh

No comments: