Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Sunday, December 26, 2010

merehatkan minda....

Assalamualaikum..
25-26/12/2010, Sabtu-Ahad. Rehat yang cukup wat badan kite bertenaga dan segar kembali. Dua hari aku lepak di rumah dengan aktiviti tido dan makan je.Hilang penat lelah selama ini berkejaran kesana-kesini dengan tido yang cukup. Esok bermulalah kembali pekerjaan aku seperti biasa. Rasa bersemangat berkobar-kobar dalam diri nak memulakan pekerjaan. InsyaALLAH badan yang segar dan cergas buat kerja kite jadi sempurna.

Aku dah tak de idea nak tulis disebabkan tido dan makan saja selama dua hari. Jadi takde aktiviti yang aku buat. Ado satu petikan ayat yang aku baca dari buku "siapa dia di hati ku" untuk aku kongsi same-same. Petikan ni buat aku tertarik dan baca banyak kali :

Silih Ganti Rasa

TUHAN....
dalam letih aku merintih
kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

TUHAN....
dalam suka dan duka
tangis dan tawa
melimpah rahmat dan nikmat-MU
aku syukur dan akur
lupa aku mengenangkan-MU
dalam sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN....
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah
akan kebesaran-MU
ingatkan daku
agar mengingat-MU

TUHAN....
Bicara-MU tanpa suara
Belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-MU ketara jua.

wassalam
nazrinoh@1.13am

No comments: