Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Saturday, December 18, 2010

HARI ini"""





Assalamualaikum..
18/12/2010,Sabtu. Seawal pukul 7.00 am, aku sudah keluar untuk membuat penyediaan menghadapi exam pada hari isnin.Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. InsyaALLAH mudah-mudahan aku dapat menjawab dengan jayanya dan memperolehi kejayaan cemerlang. Ini baru langkah pertama yang perlu aku hadapi dan aku perlu melangkah lebih jauh lagi untuk mengecapi kejayaan demi kejayaan. Aku mengharapkan cita-cita aku terlaksana dengan izin Allah S.w.t nescaya aku hanya merancang dia yang menentukan. Masih jauh lagi perjalanan yang mesti aku lalui dengan jalan-jalan yang berliku, dengan lubang- lubang di kiri dan kanan, dengan jalan yang sempit semestinya mengambil masa yang agak lama. Kesabaran lah yang menjadi asas untuk mengecapi sesuatu kejayaan. Tanpa kesabaran dan semangat juang yang tinggi sudah pasti akan tertewas di tengah jalan.Kita umpama mendaki ke puncak gunung, banyak halangan dan dugaan yang perlu kite tempuhi serta lalui. Tetapi apabila sampainya di puncak gunung yang kita tawan, alangkah gembira perasaan kita merasai dan menikmati permandangan yang begitu indah ,agung ciptaan yang maha berkuasa. Tak tergamba bertapa hebatnya kebesaran Allah s.w.t. Itu lah nikmat yang kite perolehi dari kejayaan yang kita dapat.

Sebelah petang aku terpaksa bekejar kesana-kemari untuk menyelesai beberapa lagi perkara yang perlu di selesaikan. Alhamdullilah ianya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah.Kul 6.00 pm baru lah aku sampai di rumah dan merehatkan diri wat sementara.Hilang penat lelah aku untuk hari ini.Moga-moga di berkati pekerjaan aku sepanjang hari ini.

Sebelah malam aku hanya melepakkan diri dalam bilik sambil-sambil melayan televisyen. Entah bile aku terlelap, sedar-sedar jam dah kul 3.30 am. Badan pun dah rasa segar kembali.. Mata pun dah ngantuk balik.. jom tidoooo...

nazri noh @ 5.34am



No comments: