Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Wednesday, December 22, 2010

terasa GELAP...

Assalamualaikum w.b.t..
22/12/2010, Rabu. Bangkit dari tido dengan semangat berkobar-kobar untuk menghadapi hari ini. Perasaan gelisah bermain-main di fikiran. Apakah aku dapat menghabiskan hari ini dengan cermelang, terbilang dan gemilang. Oh tidak, rupa-rupannya keadaan sebaliknya. Aku terasa keadan menjadi gelap gelita. Tanpa ada cahaya yang mampu menunjuk jalan-jalan yang nak di laluinya.

Hari ni last exam,dari pagi sampai ke petang terpaksa lah aku menunggu dengan sabar.Hari ini terasa amat susah sedikit berbanding dari hari-hari sebelum ini. Aku mengharapkan yang terbaik dari Mu Ya Allah. Semoga di permudahkan segala-galanya. Perasaan menjadi gelisah dan kucar kacir, masa menjadi terlalu lambat bergerak.Aku terpaksa menunggu sehingga giliran aku tiba.Aku merasakan seolah-olah dunia ini seakan sudah gelap gelita.Fikiran ku menjadi buntu ,tak tau ape yang nak di jawab. Ya Allah aku telah berusaha, selebihnya aku bertawakal kepada Mu Ya Allah. Kepada Engkau aku memohon agar di beri kejayaan dalam perjuangan aku ini Ya Allah. Aminn...

Seawal kul 5.30pm , aku telah sampai di rumah. Alhamdulillah selesai sudah perjuangan aku selama 6 bulan. Aku terpaksa menunggu hampir 6 bulan untuk mengetahui keputusannya. InsyAALLAH kejayaan yang di tunggu.Perjalanan aku masih jauh, banyak lagi jalan-jalan yang perlu aku lalui dan tempuhi. Begitu susah untuk mendapatkan sesutu yang berharga dalam hidup. Tanpa usaha yang berterusan kejayaan tidak akan muncul.

wassalam
nazrinoh@6.00am

No comments: