Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Thursday, November 25, 2010

SINarrrrr.....


salam..
25/11/2010,Khamis.Sinar mentari muncul lagi. Alhamdullilah Syukur kehadratnya di beri nikmat merasai keheningan pagi yang damai.Hari ni aku teralpa dan terasyik dengan mimpi-mimpi mainan tdo.Aku tersedar dari lamunan rupa-rupa nya jam menunjukkan kul 8.30 pagi.AstagfiruLLAH rupa-rupanya aku dah terlewat menunaikan ibadah ku untok hari ni. Walaupun lewat aku gagahkan jugak menyiapkan diri seperti biasa.Nasib baik ade rakan kerja yang baik hati mengisi borang cuti untuk aku.Dia jugak lah yang dapatkan tandatangan pegawaiku dan hantar ke unit pentadbiran. Mekaseh tak terhingga jasa baik mu hanya ALLAH yang mampu membalas.

Masa yang ade aku habiskan berkurung je dalam bilik melayan-layan mencari titik arah tuju.Huh keboringan yang teramat-amat muncul.Otak ku berputar-putar mencari idea. Jawapan nye masih buntu. Ubat paling mujarab ialah tdo. Sepagian aku bergolek2 di dalam bilik.Alhamdullilah di sebelah petang ade benda yang aku kena buat. Kul 2.30 pm aku terpaksa menghadiri mesyuarat dekat husm.Dengan otak yang blur aku tawakal mudah-mudahan tak de banyak masalah. Sangkaan aku benar,hanya sebagai pemerhati je. Huh perasaan lega yang teramat sagar bermain di dada.Syukur kepada Mu YA ALLAH.

Aku menanti dengan sabar,mengharapkan sinar akan muncul.Mudah-mudahan sinar itu mampu menerangi seluruh alam. Hari berganti hari, bulan bertukar bulan. Saat bertukar kepada minit,minit bertambah menjadi jam. Tahun semakin meninggalkan kite.Aku masih seperti dulu.Rupa-rupanya aku dah berganjak lagi setahun kehadapan.Ya ALLAH aku memohon kepada mu Ya ALLAH,KAU berilah sinar keimanan ,ENGKAU teguhkahlah iman ku ,ENGKAU kuatkan iman ku.ENGKAU tunjukkan lah jalan nya. AMIN.

Jangkaan aku meleset. igatkan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.Aku mengharapakan hadiah yang penuh bermakna dalam hidup ku tatkala tahun berganjak tahun.Rupa-rupanya tidak.Hanya hujan yang menemani. Syukur kepada MU YA ALLAH aku masih lagi di panjangkan umur di beri merasai nikmat MU yang tak terhingga nilainya.Moga-moga aku di beri nur agar aku tidak leka dengan nikmat dunia yang fana.InsyaALAH akan ku cuba mencari sinar yang kekal abadi.
Wassalam.
nazri noh
2010

No comments: