Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Friday, November 26, 2010

KEINSAFAN..


sAlAm..
26/11/2010, Jumaat. Hari segala penghulu hari. Hari ne la kebiasaannya aku menyelesaikan semua urusan peribadi. Di sebabkan hari bekerja aku tak sempat nak mendobi,aku gunakan hari cuti hujung minggu menyelesaikan berbakul-bakul pakaian yang di kumpul selama senminggu.Jumaat yang hening dengan cuaca yang redup,nyaman,sejuk membuatkan mata bertambah layu.Kesempatan ini lah aku gunakan sebaik mungkin merehatkan minda yang berputar-putar.Lantas jiwa menjadi kosong wat sementara.Perut ku menjerit-jerit mintak di isi agar semua angota ku leh berfungsi nga baik.Sebungkus nasi dan segelas teh o menjadi santapannye wat sementara.

Hari ni aku ke kota bharu menghadiri kursus cidb. Sementara menunggu kul 2.30, aku memnunaikan solat jumaat di masjid muhammadi. Aku tertarik dengan khutbah yang di bacakan oleh iman tadi. Khutbah nye bertajuk kematian.Tiba-tiba rasa insaf hadir dalam diri aku.Petikan yang di baca oleh iman tadi membuatkan aku berfikir sejenak. Ya, kesibukan mencari keseronakan dan kelazatan dunia membuatkan kite lalai mengingati akan saat kematian.Dek terkejar-kejar dengan pembangunan kerja manusia seolah-olah lupa akan saat-saat kematian. Baru aku terpikir adakah aku sekarang sudah bersedia menhadapi kematian?. Nescaya aku masih lagi dalam keadaan terumbang ambing.Banyak lagi yang perlu aku pelajari, banyak lagi yang perlu aku perbetulkan.YA ALLAH sesungguhnya aku leka dengan nikmat dunia semata-mata tanpa memikirkan bekalan untuk di akhirat kelak.YA ALLAH aku memerlukan kekuatan untuk bangkit melengkapi diri aku yang daif dan serba kekurangan ini.InsyaALLAH akan ku turut segala suruhan MU .Hanya kepada MU tempat aku sembah.

Petang yang damai aku isi dengan aktiviti melepak di dalam bilik sambil-sambil melayan rancang tv sementara menunggu waktu magrib tiba. Keboringan melanda tapi apakan daya aku tak punya kudrat nak beraktiviti.

wassalam
nazri noh
2010

No comments: