Kawan-Kawan Tolong Klik Ne Untuk Saya

Sunday, November 28, 2010

Hujan I Mendung



Assalamualaikum..
28/11/2010, Ahad. Hujan belum reda sejak dari semalam lagi.Suhu sejuk membuatkan nafsu malas berlawanan dengan kewajipan. Dalam malas aku gagahi menyiapkan diri tok pergi bekerja.Alhamdulillah seperti biasa aku sampai 5 minit sebelum kul 8.00.Sebelum memulakan tugas aku bersarapan dulu untuk menambahkan tenaga dengan sepinggan nasi lemak dan segelas teh o panas.Aku mulakan kerja-kerja yang tertangguh dan menyiapkan semua tugasan untuk di bawa dalam mesyuarat esok hari.Alhamdulillah semuanya siap sempurna dan tunggu untuk di bawa dalam mesyuarat sok je. Harap-harap mesyuarat esok berjalan dengan lancar tanpa ade masalah. InsyaALLAh..

Petang yang mendung membuatkan udara menjadi nyaman.Tanpa aku sedari jam dah kul 4.00 pm.Tidak terasa masa itu berlalu dengan pantas,sedar-sedar dah lewat petang..Sesungguhnya manusia leka dengan masa. Aku menyiapkan kerja-kerja akhir untuk esok. Tak dapat nak di gambarkan akan kebesaranNYA.Dia ciptakan sesuatu itu mesti ade tujuaannya. DIA jadikan kite berbagai musim,ade musim hujan,panas dan mendung. Setiap sesutu ciptaaNYA mesti ade fungsinya. Hanya dia yang MAHA mengetahui.Kehidupan kite umpama roda,kadang-kadang di atas kadang-kadang dibawah. Masa di atas kite mendapat sanjungan setinggi-tinggi sanjungan tetapi ape bila di bawah kite di biarkan tanpa arah. Iutlah asam garam kehidupan.Aku pohon kepada MU YA ALLAH KAU permudahkanlah perjalanan hidup ku, agar di berkati dunia dan akhirat.. amin.

Senja meniti malam, ayam pulang ke reban dan manusia pulang kerumah. Time yang terluang ini aku gunakan sebaik mungkin.Aku selesaikan segala urusan-urusan NYA agar tak tertangguh lagi. Esok belum tentu lagi kite dapat seperti hari ini..Hari ini mesti bekal untuk hari esok..Moga-moga di panjangkan lagi usia agar dapat mencari bekalan untuk esok. InsyaALLAH.. selamat beristirehat.. esok jumpe lagi.

wassalam.
nazri noh

No comments: